Hobi Pelik Aku Tanam Pokok

 Apa hobi pelik yang aku maksudkan adalah aku suka menanam pokok yang jarang atau susah nak hidup kat malaysia ni. Dalam percubaan aku yang pertama sudah membuahkan hasil apabila benih yang aku cambah telah bertunas dan mengeluarkan tunasnya iaitu pokok anggur merah. Kalau tak percaya tengok gambar kat bawah ini.Pokok anggur jangan terlebih air bertakung nanti akar dia busuk. So kalau nak tanam siram air berpada-pada la yer. Dah besar dah pokok anggur ni. Alhamdulillah tengok la pokok anggur aku ni. Harap dapat membesar dan menghasilkan buah nanti.


Dan pokok kedua yang cuba aku tanam adalah pokok kurma. Pokok kurma ni rupanya senang sahaja nak hidup bila kita tanam. Buktinya ada pada gambar dibawah ni. Pokok kurma ni satu jer jangan terlebih air sahaja. Cara tanam senang sahaja hanya benamkan atau korek lubang agak-agak 1 inci dan kambus tunggu dalam masa sebulan atau lebih dan perhatikan ia akan bercambah seperti pokok kelapa sawit.Lihat gambar dibawah ini, umurnya lebih kurang 7 bulan setelah aku tanam masa bulan puasa lepas.


Pokok ketiga yang aku cuba tanam adalah pokok pisang kaki. pelik bunyinya tapi aku ingat pokoknya macam pisang tapi x de pun rupa pokok pisang. Pokok dia macam ni, macam pokok rambai atau duku jer. nak tahu macamana pokok dia tengok gambar ni.



Ditulis oleh Royzam

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100