Final result Malaysia vs Taiwan 3 Jul 2011

Keputusan perlawanan timbal balik ke-2 Malaysia bertemu Taiwan berkesudahan dengan kekalahan Malaysia 2-3. Mengikut agreget 4-4 sama tetapi Malaysia melangkah ke pusingan seterusnya dan akan bertemu dengan negara jiran Singapura pada 23 Julai ini ditempat lawan. Pada perlawanan ini Malaysia banyak bertahan hanya sesekali menyerang. Peluang untuk kita menjaringkan gol begitu banyak sekali tetapi disia-siakan oleh barisan penyerang kita. Sepakan penalti sebanyak 3 kali kepada pasukan Taiwan amat mengecewakan sekali kerana tidak sepatutnya pelawanan genting seperti ini sepakan penalti dapat dielakkan. Kita juga sepetutnya dapat sepakan penalti tetapi pengadil tidak memberikan penalti kepada kita memang pelik sekali sedangkan pemain Taiwan hanya jatuh sikit jer dah dapat sepakan penalti. Nur Shahrul Idlan Talha sepatutnya dapat menjaringkan 2  gol pada malam ini tetapi disia-siakan sahaja. Apa pun tahniah buat pasukan Malaysia kerana dapat melangkah ke peringkat seterusnya.


Ditulis oleh Royzam

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100