Wanita Solehah

 Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua
lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Di sini
serba sedikit tips atau ciri-ciri yang boleh diamalkan untuk menjadi
wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah, 
1. Mendirikan solat/sembahyang. Semua manusia yang sudah mencapai umur
baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu
dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan
yang terdapat pada solat wajib itu tadi. 

2. Menjaga solatnya. Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika
menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut
beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta
menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak
melengah-lengahkannya.

3. Bersyukur dan redha. Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana
apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti
menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa
diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah. Janji
Allah dalam al-Quran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat
kepadamu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih. 

4. Selalu bersedekah. Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan
menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling
bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa
agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan
ganjaran yg berlipat kali ganda. 

5. Menjaga maruah diri. Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu
menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan
kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan
kemaksiatan dan perbuatan keji. 
6.Takut murka Allah. Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan
menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi
sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan hambaNya.
Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan
pembalasan dari Allah swt. 

7.Menjaga amanah. Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah
dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang anak,isteri, seorang
ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seperti
di dalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada
Engkau kami memohon pertolongan." 

8. Pandai mengaji Al-Quran. Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya
dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu
mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya.
Kerana rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti
sebuah kubur.

aku tulis nie percaya tak?

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100