Kenaikan gaji kakitangan awam barang naik harga?

Kenaikan gaji baharu bagi 1.4 juta penjawat awam, polis dan tentera seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, mampu meningkatkan kualiti sektor perkhidmatan awam di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata insentif Sistem Saraan Transformatif (SST) yang diterima warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu untuk meningkatkan lagi prestasi dan keberhasilan pasukan itu.
"Pelarasan gred jawatan dan gaji ini amat disanjung tinggi oleh warga PDRM kerana mampu menyemarakkan sema ngat serta komitmen secara pasukan.
"Malah faedah ini mampu mening katkan lagi produktiviti ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada masyara kat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu semalam memberitahu, Sistem Saraan Transformatif baharu memberi faedah kepada 1.4 juta penjawat awam melibatkan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang bermula Julai ini dengan kenaikan antara RM80 dan RM350 melibatkan RM1.5 bilion.
Pelaksanaan itu turut melibatkan penyelarasan gred gaji pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM dengan Perkhidmatan Awam Am.
Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri pula berkata, langkah itu merupakan inisiatif kerajaan dalam membela nasib mereka selain meningkatkan produktiviti perkhidmatan ke arah mencapai negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.
"Kenaikan itu mampu menjadikan mereka lebih bersemangat dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan iaitu rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (UiTM), Zulkifli Mohamed berkata, pengumuman Najib itu disifatkan antara langkah dalam menyelesaikan masalah gred gaji maksimum bagi penjawat awam.
"SST yang diumumkan Perdana Menteri dilihat membela nasib penjawat awam khususnya yang berada gred maksimum. Dengan sistem ini, mereka menerima tiga kenaikan gaji baharu," katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengumuman Perdana Menteri semalam merupakan bonus dalam menghargai pengorbanan penjawat awam.
"Pengumuman kenaikan gaji itu menaikkan semangat pasukan ATM dan PDRM dan seterusnya memberi motivasi kepada mereka untuk memberikan komitmen kepada negara," katanya.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Selangor (Cassa), Datuk Dr. Jacob George pula berkata, beliau berharap tiada tanggapan negatif terhadap kenaikan gaji itu memandangkan tarikh pilihan raya umum semakin hampir.
"Kenaikan harga barang mungkin akan berlaku dan saya harap tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan di sebalik kenaikan gaji ini," tambahnya.

Catatan popular daripada blog ini

Semut Gergasi

New Nikon DSLR D5100