Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 20, 2011

Konvokesyen Universiti Seluruh Malaysia

Imej
 Tahniah kepada semua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing di IPTA IPTS seluruh Malaysia. Selepas tamat pengajian diharapkan semua graduan ini dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan pendidikan mereka tetapi jangan memilih sangat. Sambar sahaja peluang kerja yang ada dan dalam pada masa yang sama mencari peluang kerja yang anda suka. Tahniah buat semua graduan dan kepada yang telah mendapat keputusan SPM pilihlah bidang yang sesuai dan minat anda dan universiti mana yang dipilih untuk melanjutkan pelajaran anda semua. Ditulis oleh Royzam

Pembongkaran Skandal Seks Lagi

Pembongkaran demi pembongkaran skandal seks dikeluarkan.Aku x berani nak komen apa-apa pasal hal nie biar sahaja ia terjawab dengan sendirinya dan waktu menentukannya bila.Teka teki siapa trio Datuk 'T' membuat sidang akhbar seperti yang keluar berita embuat pengakuan. Biarlah pihak berkuasa yang menyiasat perkara ini. Sebagai rakyat biasa nak tahu juga kebenaran cerita ini. Kita tunggu dan lihat siapa yang kena. Ditulis oleh Royzam

Yang mana satu harus dibeli Nikon D7000 atau Canon 600D atau Canon 60D

Banyak orang cakap Nikon D7000 paling bagus, ada orang cakap Canon 600D bagus, ada oarng cakap lagi canon 60D paling bagus. Yang mana satu pilihan hati anda. Yang penting budjet anda dan untuk apa anda memilikinya. Tujuan kearah mana anda nak bawa DSLR anda, samada untuk berniaga, suka-suka, menambah pendapatan sampingan, kepuasan diri, atau sebagainya anda yang menentukannya. Wang anda bukan wang saya hehehe, tapi dah jadi satu trend sekarang orang pakai DSLR. Kemana-mana anda pergi akan dapat orang yang membawa kamera besar ini berjalan. Ye la sekarangkan zaman facebook, twitter semua orang nk masukkan gambar diorang semasa berjalan-jalan kemana diorang pergi. Heboh-heboh sana sini memang meriah nampaknya. Oklah tanya diri anda untuk apa anda harus memiliki DSLR ini dan buatlah keputusan dengan tepat. Selamat membeli dan blahlah....... Ditulis oleh Royzam

Miera Liyana Berpakaian Seksinya

Imej
Pendatang baru dalam dunia hiburan tempatan membuat satu kontroversi baru dengan berpakaian yang hampir menampakkan sebahagian dari payu daranya. Apakah semua ini disengajakan oleh Miera Liyana bagi mendapat publisti menaikkan nama dia atau memang tidak sengaja. Ini amat memalukan dirinya sendiri tetapi juga memalukan orang melayu amnya. Tidak salah berfesyen tapi boleh elakkan benda ini dari berlaku jika beliau boleh berfikir dengan waras dan tahu batas pakaian. Kerana mahu lain dari yang lain, memang lain betul nampaknya Miera Liyana kali ini dalam menghadiri majlis ulangtahun RAFFLESIA kali ini. Memang menonjol sekali. Ramai mata yang tak kelip mata memandang pendatang baru dalam hiburan tempatan ini. Ini adalah baju yang dipakai semasa menghadiri ulangtahun RAFFLESIA . Aku terpaksa edit gambar ini , kalau tidak memang nampak sebahagian atas dadanya terdedah. Nasi lemak RM1.00..Opsss sorry maaf yer Miera Liyana.Gambar ini dicedok dari Beautifulnara Ditulis oleh Royzam

Apple Ipad 2 alat atau permainan

Imej
Apple telah mengeluarkan model baru Ipad2 dengan versi lagi power dan mengancam . Bila la aku nk dapat bende nie. Berangan je la Apple Ipad2 Lebih nipis untuk lebih lanjut boleh layari http://www.dpreview.com/reviews/appleipad2/ Ditulis oleh Royzam

Libya dibedil tentera bersekutu

Imej
BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis. Aku tak suka situasi ini kenapa perlu ada tindakan ketenteraan di Libya oleh tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat. Bukan main cepat diorang ambil tidakan sedangkan kalau rakyat Palestin dibedil  kenapa berdiam sahaja cakap suruh buat rundingan-rundingan yang ni pantang belum apa-apa dah buat bedilan demi bedilan. Come on umat Islam bersatulah menentang kejahatan akhir zaman nie. sampai bila kita nk lihat umat Islam diperkotak-katikan oleh kafir ini semua. Siapa yang menderita adalah rakyat Libya yang tak bersalah, bom tidak mengenal siapa anda, janji dia meletup dan siapa yang kena orang awam yang kena. PBB menjadi alat mainan kuasa besar bagi menghalalkan cara. Macam perang Iraq ada jumpa ke bom nuklear ke apa ker t...