Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 21, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Imej
Dikesempatan ini ku ingin mengucapkan salam lebaran buat semua pengunjung blog ku ini. Semoga hari raya ini lebih ceria dan meriah hendaknya. Jangan membazir sangat raya-raya ni ala-ala kadar sudahlah. Yang penting kita meraikan tanda kesyukuran kepada Allah yang maha esa atas nikmat yang diberikan kepada kita. Syukur....opsss lupa nak mintak maaf jika saya ada terkasar bahasa terluka dijiwa atas kata-kata saya di blog ini. Selamat Hari Raya semua....peaceeeeeeeeeee.... aku tulis nie percaya tak?

Gambaran Allah tentang hari kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang me...

Apa Itu Amanah Saham Aurat Wanita (ASAW)

Imej
Kenapa tiba-tiba mengarut pasal Amanah Saham Aurat Wanita pula ? Kerana Aurat Wanita Adalah Amanah . Anda kutip hasil pelaburannya di akhirat. Tidak perlu memasukkan duit secara bulanan untuk melabur, cukup dengan memelihara aurat di dalam berpakaian dan mengelakkan nilai saham daripada jatuh menjunam. Bila jatuh menjunam maknanya harga diri menjadi murahan dan kurang bernilai pada pandangan masyarakat. Ini tidak termasuk tanggungan dosa. Contoh: Seorang wanita Melayu sengaja pakai baju sendat, dedah lurah buah dada. Kemudian rasa bangga bila orang lain tengok. Secara falsafahnya, adakah dia wanita MAHAL atau MURAHAN ? aku tulis nie percaya tak?