Mohd. Norfarhan Mohamad DUNIA bola sepak tempatan sekali lagi dikejutkan isu pelanggaran kontrak. Kali ini membabitkan bekas penyerang Kelantan, Mohd. Norfarhan Mohamad yang didakwa melanggar kontrak perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor DT). Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari terakhir Taklimat Liga Malaysia (Liga M) 2014 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam. Jika sabit kesalahan, Farhan yang kini sah menjadi milik Terengganu bakal berdepan hukuman penggantungan selama semusim selain denda maksimum. Sama seperti kes tonggak pertahanan baharu Kelantan, Nazri Ahmad yang didakwa melanggar kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), isu Farhan yang dinobat sebagai penyerang terbaik Liga Malaysia 2013 kelmarin, turut mendapat perhatian FAM. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin memberitahu, pihaknya akan memutuskan status kedua-dua pemain itu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Sta...