Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel JDTII

JDT kalah diKuala Terengganu Piala Malaysia

Imej
Tahniah buat Terengganu FC yang bermain baik walau diasak bertalu-talu oleh geng serangan JDT tapi masih mampu bertahan. Sesekali buat serangan diseparuh masa kedua membuahkan hasil yang lumayan untuk dijadikan bekalan ke Larkin nanti. Skuad Irfan Bakti menunjukkan cara bermain dengan semangat yang tinggi untuk menang berbanding JDT yang menguasai bola sepanjang perlawanan tetapi hampa tiada jaringan dapat dihasilkan. Kemampuan jentera tengah JDT amat diragui pada separuh masa kedua kerana terasa loglai dengan hantaran-hantaran yang tidak tepat dan lemah. Perlawanan kedua akan diadakan pada 20.10.2018 di Stadium Tan Sri Hasan Yunus Larkin. Keputusan secara agreget  JDT 0-1 Terengganu FC. Adakah Piala ini akan kekal di JDT pada tahun ini.

Perpindahan pemain ke JDT 2019

Dikhabarkan ada pemain lincah  yang mewakili Harimau  Malaya akan berpindah ke selatan tanahair. Jika benar apa yang dikhabarkan bermakna tahun depan laju-laju ni. Kita tunggu dan lihat jika benarlah apa yang diperkatakan. Kita nak tahu juga siapa bakal digugurkan dari skuad utama JDT seramai 2 orang tu. Cuba teka siapa yang dah lama x main dalam skuad JDT sekarang? Apapun kita tunggu sahaja la ya. AFC Champion 2019

Perlawanan Pre-Season JDT di Thailand

Imej
Setelah dua perlawanan persahabatan dilalui JDT keputusan seri dan kalah namun ia bukan ukuran sebenar pasukan JDT kali ini. Perlawanan liga Super akan bermula pada 20 Januari ini menentang Kedah dan bagi menggondol juara Piala Sumbangsih untuk tahun 2017. Jika menjadi juara JDT merupakan kelab pertama menang treble Piala Sumbangsih ini sejak 2015 dan 2016.Penyudah masih belum nampak lagi bagi team JDT namun jangan risau pastinya Wak Gomez ada perancangan yang terbaik buat pasukan. Perlawanaan pertama seri Perlawanan kedua kalah

Jersey Baru JDT 2017

Imej
Anda semua pasti tak sabar nak tahu macamana jersey baru pasukan JDT 2107 . Saya sendiri tak sabar nak tengok. Pelancaran jersey baru ini akan di lancarkan pada 12 Januari 2017 di Dataran Bandaraya Johor. Penaja jersey utama bagi JDT musim 2017 ini adalah Nike yang pastinya sesuatu yang baru dan rekaan terkini. Harapnya harga mampu milik supaya semua rakyat Johor mampu membelinya demi pasukan JDT. Kit baju latihan berwarna pink lagi uu allll Kit baju latihan berwarna biru Kit baju untuk kejurulatihan pun gerek juga ni Kit jersey latihan yang awal Kit jersey nike latihan ni pun cantik juga

Liga Malaysia 2017 pasti sengit

Imej
Liga Malaysia 2017 bakal bermula tidak lama lagi dengan setiap pasukan berlumba-lumba mencari pemain terbaik untuk musim ini untuk merangkul kejuaraan untuk musim 2017. Yang pastinya setiap pasukan akan cuba untuk menyaingi kehebatan pasukan JDT yang telah merangkul kejuaraan Liga Super sebanyak 3 kali berturut-turut . Banyak drama telah terjadi sebelum bermulanya liga dengan drama tarik tali Kelantan dan Selangor yang dikatakan kekurangan dana yang pada mulanya menarik diri dari liga dan akhirnya menyatakan akan meneruskan kempen pada tahun ini. Perbalahan antara pasukan itu dan ini menjadi viral dimedia sosial. Kehadiran pemain-pemain import baru yang boleh dikatakan "POWER" menghiasai liga kali ini. Antara pasukan yang bakal menyaingi kehebatan JDT adalah seperti pasukan baru dari Liga Perdana iaitu Melaka, Pahang, Perak, Kedah, Felda dan pasukan yang tidak boleh dipandang rendah juga Selangor walaupun menghadapi masalah. Disini disertakan serba sedikit tentang Liga Sup...