Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kota iskandar

Karnival Nusajaya

Imej
Karnival Nusajaya yang berlangsung 2 hari bermula 22 hingga 23 september 2012 membawakan anda dimensi baru dalam Kota Iskandar ini. Keadaan hari pertama karnival sungguh meriah dengan kehadiran pengunjung yang tak putus-putus melawat tapak karnival ini buat pertama kalinya diadakan.Anda boleh datang menaiki bas yang disediakan secara percuma di Larkin Central, dan berberapa tempat lagi atau anda boleh drive sendiri terus ke sini. Karnival ini telah diadakan di tengah-tengah kawasan pentadbiran baru negeri Johor iaitu Kota Iskandar. Banyak aktiviti telah diadakan dengan booth-booth penyiar tv swasta Tv3, Ntv7, Tv9 dengan gerai-gerai yang menjual barangan dengan harga yang murah. Legoland, Hello Kitty, Thomas & Friends, Barney, & Pingu tidak ketingalan memeriahkan kawasan karnival kali ini. Persembahan artis Black membawakan lagu-lagu popularnya menghiasi suasana petang di dataran kota Iskandar ini. Jom skodeng gambar yang sempat aku shoot. Selamat datang kepada pengunj...

Legoland Malaysia

Imej
Legoland Malaysia dan pertama di Asia bakal dibuka pada pengunjung pada 15 September 2012. Taman permainan terbesar ini bakal mengundang kemeriahan kepada pengunjung yang datang terutama kanak-kanak yang teruja untuk bermain di Taman tema Legoland ini yang terletak di Kota Iskandar di Nusajaya ini. Walaupun belum dibuka kepada umum tetapi kesesakan telah berlaku di Taman Tema Legoland ini tak percaya jom skodeng gambar yang sempat aku ambil. Legoland Malaysia kami datang Lihat barisan kereta yang parking Orang ramai berpusu-pusu masuk Lihat sahaja di kaunter tiket ini orang berbaris Mercu tanda Legoland Malaysia Nak tanya ke nak beli tiket ni Walaupun belum dibuka tapi lihat sahaja tarikan pusat taman tema ini yang bakal menjadi satu daya tarikan pelancong dalam dan luar negara datang ke Johor.