KEMENANGAN tipis 2-1 ke atas Taiwan dicatat skuad kebangsaan dalam saingan kelayakan Piala Dunia, Rabu lalu sesungguhnya bukan menerusi kesebelasan terkuat, sebaliknya masih ada senjata ampuh disimpan oleh pengendalinya, Datuk K Rajagobal. Ketika percaturan ketua jurulatih itu menurunkan skuad berbeza berbanding skuad juara Piala AFF Suzuki dipersoalkan, dia sebenarnya sekadar mahu menguji beberapa muka baru yang diserapkan dalam pasukan kebangsaan. “Kita perlu menilai pemain dari semasa ke masa dan saya pasti untuk perlawanan seterusnya mereka akan bertambah matang,” kata Rajagobal. “Kemenangan ini seharusnya dilihat dari sudut positif dan saya yakin jika pemain mengekalkan tumpuan pada perlawanan kedua nanti, kita akan melangkah ke pusingan seterusnya.” Malaysia akan menentang Taiwan dalam perlawanan kedua, pusingan pertama di Stadium Taipei, esok dengan pemenang akan menentang Singapura pada pusingan berikut. Pada perlawanan di depan lebih 45,000 penyoko...