Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel percutian

Jom beriadah diHutan Bandar MBJBT

Imej
Hujung minggu dihabiskan dengan membawa anak ke Taman Hutan Bandat MBJBT di Mutiara Rini. Ramai sungguh pengunjung setiap kali hujung minggu sampai parking pun susah dan kereta diparking di bahu jalan. Banyak kemudahan disediakan disini tempat permainan kanak-kanak yang banyak, trek untuk jogging pun panjang, kawasan untuk bermain layang-layang pun ada. Kolam pun ada tapi tak boleh mandi hanya kura-kura sahaja dibenarkan mandi disini. Kalau ada masa datanglah sini dibuka sehingga jam 7.00 ptg sahaja nanti pak guard sound kalau lebih-lebih nak lepak kat sini. Malam tidak boleh masuk kang macam-macam hal pulak, kepada yang nak merendek datang siang-siang ya tapi dinasihatkan jangan pegang-pegang duduk renggang-renggang ok. Jom skodeng apa yang sempat aku skodeng. Main layang-layang Berjogging jalan pun boleh Kolam ikan tapi tak boleh memancing Waktu senja Permainan kanak-kanak Layang-layang nun tinggi menuju bulan Senja nan permai Ada lampu macam k...

Basah di Hutan Bandar

Imej
Hujung minggu yang mendung membawa anak mandi manda di Hutan Bandar, Johor. Sambil menghirup udara segar dengan dikelilingi pokok-pokok menghijau. Melihat anak-anak bermain air sungguh seronok sekali meghilangkan rasa penat. aku tulis nie percaya tak?

Bercuti diTanjung Balau Desaru Kota Tinggi

Imej
 Lama aku tak bawak anak2 pergi berjalan mandi manda kebetulan masa tu ada kenduri kawin kat kota tinggi so plan terus pergi mandi kat Tanjung Balau Desaru. Pantai dia best sebab landai jer tapi bila air pasang bahaya tapi masa aku pergi ombak slow jer n air tengah surut. Anak2 yang suka hehehe. aku tulis nie percaya tak?

Jom pergi Melaka Wonderland

Imej
Salam semua pembaca blog, di Melaka terkini ada taman tema air terkini yang berada di Air Keroh yang dinamakan Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan sesat sebab sign board dilindungi dengan daun kelapa sawit hehehe. Jika anda dari Plaza Tol Air Keroh anda kena lihat sebelah kanan pada lampu trafik pertama berdekatan dengan taman Mini Malaysia. Kalau dari Hotel MITC Ancasa Hotel memang dekat lah theme park ni terus jumpa bulatan dan dalam 200 meter belok kiri dan nampak balai polis terus dan jumpa bulatan kecil belok pukul 3 dan terus je la jumpa la taman tema Wondeland tu. Menjejakkan kaki kat sini rasa teruja jer sebab pertama kali la nak pergi sini. Sampai-sampai tengok tempat  parking memang sikit jer tapi bolehlah sebab barukan. Lepas bayo tiket jalan masuk jauh juga dalam 100 meter dan jumpa tempat tukar baju. Lepas tu jumpa pulak kolam mandi berombak dan naik bukit sikit jumpa pulak kolam yang agak besar untuk mandi kan...