Kenaikan gaji baharu bagi 1.4 juta penjawat awam, polis dan tentera seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, mampu meningkatkan kualiti sektor perkhidmatan awam di negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata insentif Sistem Saraan Transformatif (SST) yang diterima warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu untuk meningkatkan lagi prestasi dan keberhasilan pasukan itu. "Pelarasan gred jawatan dan gaji ini amat disanjung tinggi oleh warga PDRM kerana mampu menyemarakkan sema ngat serta komitmen secara pasukan. "Malah faedah ini mampu mening katkan lagi produktiviti ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada masyara kat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu semalam memberitahu, Sistem Saraan Transformatif baharu memberi faedah kepada 1.4 juta penjawat awam melibatkan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang bermula Julai ini dengan kenaikan antara RM...