Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel isu semasa

Foto Rozita Che Wan

Imej
Salam dan selamat berhujung minggu. Sekarang nie heboh pasal cerita Rozita Che Wan tapi aku kecian kat dia ni kena fitnah jer kejanya. Kita fikir positif dan yang baik-baik jer la . Aku nak bagi tahu ni aku terjumpa Rozita Che wan depan mata aku wey..... memang orangnya cantik boleh tahan tiinggi juga ngan kasut tumit tingginya tu. Orangnya peramah dan mudah didekati. Aku ada gambar Rozita Che Wan yang terkini. Nak tengok ker jom skodeng kat bawah nie original dari aku Kelibat siapa ni ya Ya Rozita che Wan Senyum sokmo

Restoran Oldtown White Coffee Jamin Halal

Restoran Oldtown White Coffee telah menyangkal dakwaan bahawa restoran mereka tidak halal dengan mengeluarkan kenyataan seperti dalam surat khabar hari ini yang menyatakan restoran mereka adalah halal dan menerima pensijilan halal dari Jakim. Daripada 179 francais yang ada diseluruh Malaysia 60 peratus menerima perakuan halal Jakim manakala bakinya dalam proses menanti pengesahan. Persepsi rakyat Malaysia amnya dan tentunya masyarakat islam memandang restoran yang dikendalikan oleh orang bukan islam pastinya ragu-ragu akan halalnya makanan yang ada di restoran ini. Walaupun ia mendapat pensijilan halal dari Jakim. Jika kita merasa was-was maka lebih baik menghindarkan diri anda dari pergi ke restoran ini.Jika anda yakin anda boleh makan dan minum disini tiada salahnya.

BR1M 2.0 Pelajar , penganggur layak terima RM250

Kota Bharu: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan individu bujang yang tidak mempunyai pekerjaan berusia 21 tahun ke atas turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua (BR1M 2.0) bernilai RM250. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, b erkata golongan berkenaan layak kerana tidak mempunyai pendapatan atau berpendapatan kurang RM2,000 sebulan. “Di Malaysia, lebih sejuta penerima baru ini berusia lebih 21 tahun dan tidak mendapat bantuan sebelum ini. “Di universiti, penuntut yang berusia 21 tahun ke atas pun akan dapat, penganggur lagi boleh kerana dalam kategori pendapatan kurang RM2,000 atau tidak mempunyai pendapatan langsung,” katanya sambil menambah BR1M 2.0 akan dibayar mulai Januari depan. Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra anjuran Majlis NGO Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan, di Tanjung Chat, semalam. Hasil kurang RM2,000 Jumaat lalu, Perdana Ment...

Hati-hati Pelaburan Emas Palsu

Imej
Heboh..heboh bukan jom heboh tapi heboh pasal pelaburan emas palsu yang kini berleluasa kerana banyak penipu-penipu internet telah membuat pernigaan pelaburan emas.Jadi berhati-hati jangan sampai anda tertipu dengan bisnes pelaburan emas yang melambak di internet sekarang ini. Antara berita utama surat khabar hari ini lebih 50 ribu pelabur emas tertipu seperti dalam Berita Harian   Pelanggan Genneva Malaysia berkumpul di depan premis berkenaan ketika Bank Negara Malaysia membuat pemeriksaan bersama KPDNKK. - Foto Mokhsin Abidin Kuala Lumpur: Lebih 50,000 pelabur sebuah syarikat pelaburan dan perdagangan emas terjerat apabila tiga pejabat Genneva Malaysia Sdn Bhd di Jalan Kuchai Lama di sini, diserbu pihak berkuasa, petang semalam. Syarikat itu difahamkan sudah terbabit dalam perdagangan emas membabitkan lebih RM5 bilion sejak 2007. Bank negara serbu Serbuan dibuat Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Polis Diraja Malay...

Awek Lari Dari Rumah

Imej
Gambar sekadar hiasan Jerat Cinta Lari mengikut kekasih dikenal pasti salah satu faktor utama remaja, termasuk gadis sunti yang masih bersekolah rendah lari dari rumah. Mengikut statistik polis bagi tempoh 2010 hingga Jun lalu, bahana cinta itu adalah punca kedua tertinggi mereka yang berumur 17 tahun ke bawah lari dari rumah dengan kebanyakan daripada mereka Melayu. Daripada 1,309 kes lari mengikut kekasih sepanjang tempoh itu, 97.6 peratus atau 1,278 membabitkan gadis berusia sembilan hingga 17 tahun, berbanding 31 lelaki. Sebahagian besar adalah remaja berumur 13 hingga 17 tahun, kecuali 14 kes yang semuanya membabitkan gadis sunti berusia sembilan hingga 12 tahun. Gejala itu makin membimbangkan kerana 549 kes direkodkan tahun lalu berbanding 493 kes pada 2010. Setakat Jun tahun ini pula polis sudah menerima 267 laporan. Bagaimanapun, berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, punca utama remaja lari dari rumah ialah terpengaruh de...

Innocence of Muslims Film

Bantahan seluruh dunia tentang filem yang menghina agama islam dan Nabi Muhammad berikutan penayangan semula di youtube beberapa hari lalu. Aku tak setuju langsung filem ini dibuat dan difilemkan. Adakah mereka sengaja membuatkan umat islam marah untuk agenda mereka dan menjadikan orang melihat agama islam ini agama yang ganas, jahat, extrem, dan dsbnya. Insyallah ada hikmah disebalik kejadian ini dan menampakkan umat islam bersatu dalam mempertahankan agama. Selamatkanlah dan satukanlah hati kami dalam menegakkan agama-Mu ini ya Allah. Let us together to be unite as one to protec our religion Islam and our loved Nabi Muhammad.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 55

Imej
Inilah logo hari kemerdekaan Malaysia kali ke 55 yang buat pertama kalinya aku rasa bukan logo yang biasa kita lihat setiap tahun. Tak kisah la logo apa yang diletak yang penting adakah orangnya sudah merdeka ke belum. Kalau dilihat dan diperhati ramai yang tak tahu kali keberapa kita sudah merdeka dan apa makna kemerdekaan . Buat semua rakyat Malaysia selamat menyambut hari kemerdekaan kita dari jajahan negara luar dan jajahan fikiran.

Uncle Seekers Apa Kes

Imej
Uncle seekers kena tahan       Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah ditahan reman atas tuduhan menghina Sultan Johor di laman blog di Mahkamah Masjistret, Johor Bahru.     Siar artikel fitnah Sultan Johor dalam blog miliknya Johor Bahru: Polis Johor menahan pengamal para normal, Syed Abdullah Syed Hussein, yang mengendalikan laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan semalam berkata Syed Abdullah, 46, ditahan pada jam 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban. Kenyataan itu menyebut seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, turut ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya. Mereka ditahan u...

FAM enggan bantah Myanmar

Kuala Lumpur: HASRAT melihat skuad B-22 negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-22 2013 menggantikan Myanmar yang melanggar peraturan menurunkan pemain lebih umur musnah gara-gara keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan bantahan rasmi. Malah, pendirian FAM itu mungkin bakal memakan diri sendiri apabila dikhabarkan jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee mahu meletak jawatan kerana kecewa tidak mendapat sokongan majikan sendiri. Namun Kim Swee yang dihubungi malam tadi, enggan mengulas lanjut kerana masih bercuti. Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). “Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetap...

Malaysia Mesti Bantah Myanmar

Imej
  Tarikh lahir sebenar Kaung Si Thu iaitu tahun 1987 pada laman web rasmi Yangon United sebelum ini (atas) dikesan sudah ditukar ke tahun 1993 (bawah) kelmarin. MOM syor tindakan diambil ke atas Myanmar atas nama kesukanan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus tampil keras memperjuang kan bantahan pengurusan skuad bawah 22 negara yang mempunyai bukti Myanmar menyenaraikan pemain lebih usia ketika aksi Kelayakan Piala Asia B-22 2013 yang berakhir, kelmarin. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku terutama dengan Myanmar bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA, tahun depan. “Jika benar ada bukti Myanmar menurunkan pemain lebih usia, tindakan perlu diambil ke atas mereka atas nama kesukanan,” kata Kok Chi. “Jika kita berdiam diri bermakna kita menyokong perkara ini. “FAM perlu memastikan tindakan diambil ke atas Myanmar jika dakwaan...

Awek Bogel

Imej
SORRY TIADA GAMBAR BOGEL XXX YANG ANDA CARI DISINI CUMA MEMBERI PE RINGATAN KEPADA DIRI AGAR TIDAK TERLEBIH SUDAH MEMBUKA BAJU Jom layan video jab apa kata Utz Azhar Idrus              10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita (BACA !) 1. Menghilangkan hijab (penutup) Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah. ...

Plat WWW 1 milik Sultan Johor

Sah sudah siapa pemilik nombor plat WWW 1. Harga lebih 1/2 Juta bidaan yang dibuat untuk nombor plat tersebut membolehkan Sultan Johor untuk memenangi bidaan tertinggi dalam sejarah Malaysia. Seramai  91 orang telah membida nombor plat ini kalau tak silap la . Tahniah.

Pantai Yang Indah

Imej
Apa pantai yang indah? Ada lagi ke pantai yang indah sekarang ini. Angkara siapa yang buat semua ini? Jangan tanya lagi dah tahu dah siapa yang buat. Jom skodeng apa yang ada ditepi pantai kita. selipar, botol ,plastik merata-rata plastik bungkus roti jer pun ada ni dah kes parah ni minyak pun ada rumpai laut Sotong punya tak tau apa ni kayu baik punya port coral yang dah mati  Marilah kita sama-sama membersihkan pantai kita sebelum terlambat.   Jadikan amalan kebersihan dan disiplin budaya kita. Sama-sama menjaga alam sekitar kita adalah tanggungjawab bersama.

Adakah relevan PTPTN dihapuskan

Imej
Aku tak setuju langsung kalau PTPTN dihapuskan kerana ia amat membantu pelajar yang kurang ada kemampuan pada awalnya dan keluarga yang kurang berduit. Sekurang-kurangnya ringan beban keluarga. Walaupun PTPTN ini kredit dan perlu dibayar semula selepas habis belajar itu dah tanggungjawab dah  hutang kena la bayarkan. So marilah bayar hutang PTPTN. Yang pelajar dok buat bantahan semua tu kenapa pasal PTPTN ini . Aku rasa masa korang awal2 masuk universiti mesti korang dah telan berapa banyak duit PTPTN tu oiiii pastu korang nak hapuskan ewahhhh cantik nampak. Harap masalah ini dapat diselesaikan segera situasi menang-menang kepada semua ok.

Isu Makanan Halal Haram Dalam Satu Tempat

Imej
Ya berkenaan isu halal haram makanan yang kita makan seharian seperti tiada kesudahannya kerana baru-baru ini satu serbuan telah dibuat oleh pihak berwajib yang telah menyiasat sumber makanan sejuk beku telah menjumpai makanan sejuk beku halal dan haram telah disimpan dalam satu tempat dan diletakkan dalam keadaan yang bercampur. Apakah kes ini adalah kecil atau sebenarnya semua yang kita beli yang berada dipasaran sekarang ini adalah bercampur dengan makanan haram sewaktu disimpan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Persoalan ini bermain dikalangan masyarakat Islam dan mengundang was-was untuk membeli barangan makanan tersebut. Permasalahan ini perlu ditangani segera bagi memastikan makanan halal tidak bercampur dengan makanan haram yang disimpan dalam satu tempat. Kebanyakan masalah ini berlaku adalah di tempat pemborong makanan. Jadi sebagai masyarakat Islam perlu ada satu hub halal atau satu tempat penyimpanan yang khas hanya untuk umat Islam sahaja diwujudkan.

Apa kes! Apa dah jadi ini pasal ABPBH

Dah dekat seminggu tapi kemenangan masih dipertikaikan. Aku tak paham la dunia hiburan ini. Apa yang aku tau harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin ok.

Harga Minyak RON97 Naik 10 sen Lagi

Imej
RON97 naik 10 sen kepada RM2.90   8 hours ago 8 hours ago Wah hari ini telah diumumkan harga minyak RON97 telah naik RM0.10sen kepada RM2.90 berkuatkuasa hari ini. Aik tau-tau dengar berita harga minyak dah naik loooooorrrr. Kalau RON95 naik agak2 berapa pulak naiknya yerrrrrrrrrrrrr....lepas ini jom teka teki sekejap. Kita tunggu jer bila pilihanraya akan diumumkan dan jeng...jeng...jeng apa pulak yang naik dan turun...Sabor je la yer...hidup mesti diteruskan selagi nyawa dikandung badan. Naik gaji naik la segala macam barang dipasaran. maaf jika tulisanku menguris hati sesiapa

Carian Tangga Gaji SSM 2012 telah dikeluarkan

carian paling hangat kini adalah orang mencari tangga gaji baru yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam JPA. Ramai kakitangan kerajaan mula menconggak gaji baru mereka. Jangan risau laman web JPA menyediakan kalkulator aotomatik dengan memasukan gaji akhir disember anda dan klik ...ha tu la gaji baru anda. Wah banyak tu naiknya nak sikit boleh...ala setakat belanja air teh tarik tak habis pun. Dengan pengumuman kerajaan yang SSM ditambah baik melegakan semua pihak. Jom serbu laman sesawang JPA sekarang juga di http://www.jpa.gov.my

Awas Penyimbah Asid Kembali

Imej
Kepada yang berada diluar sana sewaktu anda berjalan-jalan sila perhatikan kedatangan penyimbah asid yang mula menganas lagi. Sila berhati-hati dan kepada orang ramai jika anda ternampak perbuatan ini sila lakukan sesuatu agar penganyak ini dapat ditangkap. Kepada yang meyimbah asid adakah anda sanggup melihat keadaan seperti ini? Jika benda ini terjadi kepada anda yang menyimbah asid atau adik kakak ibu atau keluarga anda apa perasaan anda. Jika kau tiada perasaan kau mesti alien la. Marilah kita sama-sama membenteras gejala tak sihat dan tak berperikemanusiaan ini.

Pembantu Rumah

Imej
Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu pembantu rumah dari negara jiran yang menetapkan harga bagi satu kerja Rm700 . Puh giler ke apa punya perjanjian ni kalau gaji riban-riban bolehlah ambil 3 orang yang buat kerja berlainan sebanyak RM 2100  sebulan(3 X Rm700). Aku rasa tak masuk akal betul la. Kalau macam tu punya syarat boleh kalau orang gaji tu tak tinggal serumah, perbelanjaan semua tanggung sendiri amacam boleh tak. Harap orang tempatan dapat buka mata kerja tukang gaji pun mahal nie apalagi ambil kesempatan la dari dok mengganggur jer baik buat keja nie. semua ini adalah rekaan semata-mata