Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel makan

Jalan-jalan cari makan di Malay Village

Imej
Cuti hujung minggu membawa keluarga makan di Malay Village. Memang ada kelainan sikit makanan yang dihidangkan . Jom skodeng sikit gambar menu yang aku makan Kalau anda berkesempatan pergilah ke restoran Malay Village ni.Sedap juga makanannya.

Restoran Oldtown White Coffee Jamin Halal

Restoran Oldtown White Coffee telah menyangkal dakwaan bahawa restoran mereka tidak halal dengan mengeluarkan kenyataan seperti dalam surat khabar hari ini yang menyatakan restoran mereka adalah halal dan menerima pensijilan halal dari Jakim. Daripada 179 francais yang ada diseluruh Malaysia 60 peratus menerima perakuan halal Jakim manakala bakinya dalam proses menanti pengesahan. Persepsi rakyat Malaysia amnya dan tentunya masyarakat islam memandang restoran yang dikendalikan oleh orang bukan islam pastinya ragu-ragu akan halalnya makanan yang ada di restoran ini. Walaupun ia mendapat pensijilan halal dari Jakim. Jika kita merasa was-was maka lebih baik menghindarkan diri anda dari pergi ke restoran ini.Jika anda yakin anda boleh makan dan minum disini tiada salahnya.

Gemuknya

Imej
Anda marah bila dikatakan badan anda gemuk? Adakah anda gemuk sekarang ini ? Jika ya adakah anda gemar minum air berkarbonat, satu kajian telah dibuat bahawa punca kegemukan adalah berpunca dari tabiat meminum air bergas atau berkabonat. Jadi jika anda mahu kurus dan ramping jangan minum minuman berkabonat dan banyakkan minum air kosong. Jangan lupa bersenam dan makan makanan yang sihat.Pesanan ini dibawakan oleh amikgambar.blogspot.com