Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mat yo

Johor DT Seri Lagi

Johor Darul Takzim melepaskan peluang bermain ditempat sendiri apabila sekadar seri dengan Felda United 1-1. Johor sepatutnya mudah untuk menjinakkan Felda United tetapi aksi terlalu longlai pada malam tadi disebabkan ramai pemain utama tidak dpat diturunkan kerana kecederaan dan juga digantung perlawanan kerana menerima kad. Jika Johor DT menang malam tadi tentu jurang mata dengan pendahulu Lions XII dapat dikecilkan tetapi sayang jurang mata masih sama 4 mata setelah Lions XII seri lagi dengan Perak 1-1. Baki perlawanan tinggal 2 sahaja adakah mampu JDT untuk merangkul kejuaraan Liga Super masih menjadi tanda tanya sedangkan Lions sudah memastikan sebelah kaki untuk menjuarai Liga Super kali ini jika mereka menang baki perlawanan. Memang hampa 3 game terakhir JDT berkesudahan dengan seri jika menang tentu JDT sekarang berada ditakhta liga. Lupakan liga buat waktu ini tumpuan pastinya pada Final Piala FA yang akan berlangsung pada 29 Jun 2013 menentang Kelantan yang terus melakar kem...

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012

Imej
    (Dari kiri ke kanan) Rozaimi, Khairul Fahmi, Aidil, Norshahrul, Sathianathan dan Safiq bersama anugerah yang diterima masing-masing, di Shah Alam, semalam. - Foto Goh Thean Howe   Terbukti anak didik Rajagobal adalah pemain terbaik negara Shah Alam: Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012, semalam dikuasai sepenuhnya pemain kebangsaan, sekali gus membuktikan skuad 35 pemain pilihan Datuk K Rajagobal untuk kempen Piala AFF Suzuki tahun ini dibarisi pemain terbaik negara. Walaupun pemilihan pemenang untuk beberapa kategori menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir peminat, keseluruhannya anugerah hasil kerjasama 100Plus-Astro Arena-FAM ini mampu menyuntik semangat kepada pemain kebangsaan yang dicalonkan. Mampu tersenyum Juara treble musim ini, Kelantan mampu tersenyum puas apabila empat anugerah menjadi milik mereka dengan Norshahrul Idlan Talaha menggondol gelaran Pemain P...