Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bola

Apa itu Fingo?

Imej
 Tak perlu menjual  Tak perlu jumpa prospek  Tak perlu hadir meeting  Tak perlu beli stok  Tak perlu maintain tiap bulan  Tak perlu pos barang  Tak perlu pandai bercakap  Tak perlu keluar dari rumah Asalkan anda pandai share, copy & paste . maka anda boleh menghasilkan pendapatan setiap minggu di fingo terus ke akaun bank anda. 8 Sebab kita mesti bersama-sama dengan FINGO √   Peluang perniagaan passive income yang mudah dan ringkas. √   Memberikan pendapatan tambahan pasif di kala ekonomi tidak menentu. √   Menyediakan peluang pekerjaan dari rumah dengan Internet dan smartphone. √   Menyelesaikan masalah tekanan harga barang yang menaik dengan inflasi tinggi. √   Tidak perlu modal besar berbanding dengan perniagaan kovensional yang kos mahal. √   Membasmi pengangguran di kalangan muda mudi walaupun lepasan universiti. √...

Jersey Baru JDT 2017

Imej
Anda semua pasti tak sabar nak tahu macamana jersey baru pasukan JDT 2107 . Saya sendiri tak sabar nak tengok. Pelancaran jersey baru ini akan di lancarkan pada 12 Januari 2017 di Dataran Bandaraya Johor. Penaja jersey utama bagi JDT musim 2017 ini adalah Nike yang pastinya sesuatu yang baru dan rekaan terkini. Harapnya harga mampu milik supaya semua rakyat Johor mampu membelinya demi pasukan JDT. Kit baju latihan berwarna pink lagi uu allll Kit baju latihan berwarna biru Kit baju untuk kejurulatihan pun gerek juga ni Kit jersey latihan yang awal Kit jersey nike latihan ni pun cantik juga

Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013

Yang pastinya liga Malaysia 2013 bakal lebih hebat dengan perebutan pemain-pemain terbaik negara untuk menyertai negeri-negeri dan kelab yang membida dengan nilai yang tinggi. Tidak kurang juga perebutan pemain import yang ternama menyertai liga Malaysia 2013 nanti seperti nama Guiza,Owen, Requalme dan beberapa nama lagi bakal menyertai liga Malaysia 2013 jika kena dengan bayaran yang diminta. Yang pastinya paling banyak mengeluarkan modal adalah skuad Johor yang mahukan skuad kali ini benar-benar memberikan saingan dalam liga dengan membeli pemain-pemain handalan negara masuk ke dalam skuad 2013 nanti. Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia 2013 : Sah Berpindah —–> Johor Aidil Zaquan (ATM) Zaquan Adha (ATM) Azmi Muslim (ATM) Safiq Rahim (Selangor) Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) Safee Sali (Arema FC-Pinjaman) Muslim Ahmad (Terengganu) —–> Selangor S.Kunalan (Negeri Sembilan) Mahali Jasuli (Harimau Muda A) —–> Terengganu Effa Owana (Negeri Semb...

Keputusan perlawanan Piala Malaysia ATM menentang LIONS XII

Imej
Pasukan ATM bakal ke pentas final Piala Malaysia Perlawanan malam tadi penuh drama dan teka teki siapa yang bakal ke final Piala Malaysia dengan mendebarkan sekali sehingga ke penentuan sepakan penalti. Nasib menyebelahi pasukan ATM dengan tiang menjadi  penyelamat  bola keluar melantun keluar membolehkan ATM ke final buat kali ke 3. Masa tambahan 6 minit yang diberikan oleh pengadil disebabkan oleh pemain LION membuang masa dan membuat kesakitan yang nampak dibuat-buat memakan diri apabila Marlon dapat menanduk masuk bola pada saat-saat akhir tiupan wisel oleh pengadil. Drama diteruskan dalam masa tambahan 30 minit tiada gol dihasilkan walaupun ATM beberapa kali dapat masuk ke kotak penalti tapi tiang menjadi penyelamat dan seorang pemain LION Abdul Halim dibuang padang kerana menerima 2 kad kuning. Sepakan penalti nampak berpihak kepada LION pada awalnya sehingga sepakan ke 5 yang dapat diselamatkan penjaga gol ATM Farizal untuk 3 tendangan akhir LION dapat diselamat...

Friendly match QPR vs Kelantan

Imej
Kelantan juara liga premier 2012 bakal menentang QPR pada 20 Julai 2012. Adakah Kelantan bakal menjadi lauk mudah QPR seperti membelasah Sabah dengan 5-0 atau menjadi satu sejarah baru bagi Kelantan dapat mengalahkan QPR. Jika menang atau seri imbuhan RM 50 ribu bakal diterima semua pemain. Kedatangan kelab liga perdana inggeris ini amat dinantikan dengan bekas-bekas pemain MU seperti Park Jie Sung. Harap dapat melihat permainan yang mantop nanti tapi g solat terawikh dulu baru leh tengok ya. Siaran langsung ada ke tak der yer kat tv. Permainan akan bermula 9.15 pm di Stadium Shah Alam.                                                                                    VS

FAM enggan bantah Myanmar

Kuala Lumpur: HASRAT melihat skuad B-22 negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-22 2013 menggantikan Myanmar yang melanggar peraturan menurunkan pemain lebih umur musnah gara-gara keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan bantahan rasmi. Malah, pendirian FAM itu mungkin bakal memakan diri sendiri apabila dikhabarkan jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee mahu meletak jawatan kerana kecewa tidak mendapat sokongan majikan sendiri. Namun Kim Swee yang dihubungi malam tadi, enggan mengulas lanjut kerana masih bercuti. Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). “Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetap...

Malaysia Mesti Bantah Myanmar

Imej
  Tarikh lahir sebenar Kaung Si Thu iaitu tahun 1987 pada laman web rasmi Yangon United sebelum ini (atas) dikesan sudah ditukar ke tahun 1993 (bawah) kelmarin. MOM syor tindakan diambil ke atas Myanmar atas nama kesukanan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus tampil keras memperjuang kan bantahan pengurusan skuad bawah 22 negara yang mempunyai bukti Myanmar menyenaraikan pemain lebih usia ketika aksi Kelayakan Piala Asia B-22 2013 yang berakhir, kelmarin. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku terutama dengan Myanmar bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA, tahun depan. “Jika benar ada bukti Myanmar menurunkan pemain lebih usia, tindakan perlu diambil ke atas mereka atas nama kesukanan,” kata Kok Chi. “Jika kita berdiam diri bermakna kita menyokong perkara ini. “FAM perlu memastikan tindakan diambil ke atas Myanmar jika dakwaan...

Live Malaysia U22 vs Myanmar U22

Imej
Malam ini bakal berlangsung perlawanan terakhir kumpulan G bagi menentukan tempat ke final Piala AFC U22 2013 anatara Malaysia menentang Myanmar. Malaysia perlu wajib menang ke atas tuan rumah bagi memastikan tempat dan tuan rumah hanya memerlukan seri sahaja untuk layak. Harapan besar bagi rakyat Malaysia agar skuad Ong Kim Swee menang. Siaran langsung di Astro Arena 801. Kita doakan kejayaan skuad kali ini. Go harimau muda.

Result Malaysia U22 vs Philippine U22

Malaysia menang besar k eatas Filipina 7-0.Kenapa tiada siaran langsung. Bagaimana acara besar macam ni tiada siaran langsung di tv, cuba cerita sket. Kenapa buat pertandingan di tempat yang tak boleh buat siaran langsung. Semangat nak tengok pasukan negara bermain hilang. Nasib baik menang kalau kalah lagi la double marah aku nie sebab tak boleh tengok. Ini adalah kemenangan pertama Malaysia setelah kalah kepada Korea Selatan. Bravo harimau muda , bangun! bangun! bangun! Harimau bangun.

Result Malaysia vs Korea Selatan

Imej
Harap pasukan bawah 22 Harimau Muda layak ke akhir Piala Asia Terkini dari Myanmar keputusan pusingan kelayakan piala asia b22 Malaysia kalah tipis 2-3 kepada Korea Selatan. Gol dihasilkan 4 gol di separuh masa pertama dan 1 gol diseparuh masa kedua. Gol Malaysia dijaringkan oleh Thamil Arasu. Banyak peluang Malaysia dipersiakan. Taktik Hantaran jauh yang digunakaan oleh Malaysia tidak menjadi dan sia-sia sahaja. Nazmi pula seperti biasa kekejangan otot terpaksa dikeluarkan dan digantikan Stephan Robert. Minit-minit akhir perlawanan sepatutnya Malaysia boleh menjaringkan gol tapi tendangan Hazwan dapat ditepis pemain pertahanan lawan. Jika beliau bijak pasti gol penyamaan dapat dihasilkan. Kita masih tumpul dibahagian serangan sesuatu perlu dilakukan segera oleh jurulatih bagi memastikan kita layak ke pusingan akhir nanti.

Result Czech Republic vs Portugal

Portugal menjadi pasukan pertama layak ke separuh akhir setelah menang tipis 1-0 hasil tandukan cantik Ronaldo. Layan Video Czech Republic 0-1 Portugal (Quarter Final) by fasthighlights-2012 * Jangan percaya apa yang ditulis selidik dulu

Result EURO 2012 20/06/2012

Perlawanan kumpulan terakhir membabitkan England dan Ukraine mencetuskan kontroversi apabila gol tidak diberikan kerana bola jelas telah melepasi garisan. Penjaga garisan dibelakang gol England tidak mengangkat tangan tanda bola telah melepasi garisan gol ini adalah satu kesilapan yang disengajakan. Akhirnya England menjadi juara kumpulan D dan akan menentang Itali di suku akhir. Saksikan gol yang dihasilkan dan perhatikan pada minit...3.10 adakah bola itu dah masuk ke belum. Sweden pula mengalahkan France dengan 2-0. Tetapi Perancis layak ke suku akhir. U-E footyroom.com by footyroom * Jangan percaya apa yang ditulis selidik dulu

Jadual perlawanan Kelayakan Group G Asian Cup 2013

Imej
11 hours ago 11 hours ago Malaysia B22 akan bertarung bermula 23 Jun ini. Malaysia diletakkan dalam kumpulan G bersama Korea Selatan, Myanmar, Taiwan, Vietnam dan Philiphine.Marilah kita bersama-sama menyokong pasukan Malaysia nanti. 23/6/2012 4.45pm Malaysia VS Korea Selatan     Result 2-3 25/6/2012 4.45pm Malaysia VS Philippines           Result will be update 28/6/2012 4.45pm Malaysia VS Taiwan                Result will be update 30/6/2012 4.45pm Malaysia VS Vietnam              Result will be update 03/7/2012 7.45pm Malaysia VS Myanmar            Result will be update Siaran langsung sila tengok di Astro Arena, TV1 dan internet streaming. Kalau tak der siaran langsung pandai-pandai carik hehehe.

Result terkini UEFA EURO 2012

Imej
  Result pagi tadi Sepanyol dan Itali melayakan diri ke suku akhir setelah menang perlawanan yang sengit. Sepanyol menunggu saat akhir untuk menang ke atas Croatia. Itali pula mengalahkan Ireland dengan 2-0. Esok kita tunggu siapa yang  layak dalam kumpulan D pula samada England boleh layak ke pusingan seterusnya. Jadual esok 06/20 Sweden v. France ‎ - 2:45 AM 06/20 England v. Ukraine ‎ - 2:45 AM