Baik buruk Clash of Clans COC
Giler itulah perkataan yang pertama kali keluar dari mulut aku pasal permainan yang sedang digilai seluruh dunia selepas game Candy Crush yang seakan sudah sampai penghujungnya. Kini permainan COC menjadi satu trend satu dunia bermain kerana corak permainan yang boleh dilakukan secara berkumpulan secara online. Strategi untuk menang dalam pertarungan antara Clans menjadikan game ini bertambah menarik. COC ini juga membawa bala kepada kerukunan keluarga kerana game ini memerlukan masa yang lama untuk membina base yang dikehendaki. Banyak masa terbuang mengadap game ini. Masa bersama keluarga dihabiskan dengan bermain game COC ini menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi hambar. Itu kalau dirumah, bagaimana pula bila bermain ditempat kerja apabila kerja terabai kerana mengadap game ini sahaja. Habis semua kerja tidak dilaksanakan menjadikan prestasi kerja menurun. Ada dikalangan syarikat yang ingin mengambil pekerja baru memberi syarat yang pekerja tersebut tidak ...