Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel harimau muda A

Bolasepak Sukan Asia Incheon 2014 berakhir sudah

Bolasepak sukan Asia Incheon berakhir dengan kekalahan 0-3 kepada Arab Saudi. Kekalahan yang sudah dijangka apabila Zubir Azmi dilayangkan kad merah pada minit 33 menyebabkan tektikal permainan berubah dan memaksa pemain pertahanan bekerja keras sehingga mudah dibolosi dengan 3 gol. Nampaknya badi kad merah masih menyelubungi skuad OKS kali ini disukan Asia menjadi tradisi setelah pada 2012 kita juga menerima situasi yang sama kalah kepada tuan rumah China.

Nazmi Faiz Kembali ke Malaysia kenapa?

Imej
Mohd. Nazmi Faiz *Update- Sah Nazmi Faiz takkan kembali ke Portugal kerana  S.C Beira-Mar telah melepaskan sepenuhnya dan nazmi telah memilih untuk bermain bersama PKNS FC dengan kontrak 3 tahun. Hanya bermain selama 7 bulan sahaja di S.C Beira-Mar dan bermain untuk pasukan bawah 19 tahun menjadikan Nazmi memilih untuk kembali ke tanah air menabur bakti dibumi Malaysia. Pemain muda berbakat besar yang kini beraksi bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira-Mar, Mohd. Nazmi Faiz melakukan tindakan yang mengejutkan apabila dikhabarkan mengambil keputusan pulang ke tanah air, semalam dengan mengundang seribu satu persoalan. Biarpun mengikut sumber daripada laman web rasmi Beira-Mar yang dia akan dipinjamkan selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun badan induk bola sepak negara itu menafikan yang mereka memanggil pemain berusia 19 tahun itu pulang ke sini. Bertambah menarik, pemain yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur dik...