Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel FAM

Drama Gomez & Presiden FAM

Imej
Sejak dua tiga hari ni tular kisah drama tentang ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia yang menjadi tanda tanya kepada seluruh peminat bolasepak Malaysia tentang status beliau dan kemelut pembantu jurulatih yang tiba-tiba sahaja menjadi bualan topik hangat masa kini. Apa yang terjadi sebenarnya dan siapa benar dan siapa salah dalam hal ini. Kita sebagai peminat ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya dan adakah semua keputusan dilakukan sebelah pihak sahaja tanpa ada perbincangan terlebih dahulu. Jurulatih Kedah yang meletak jawatan  untuk menjadi penolong kepada ketua jurulatih dikatakan bukan pilihan beliau. Saya dah sedia tapi org tu x nak malu la saya mcam ni Sudah confirm ke belum saya jadi Ketua Jurulatih ni ?

JDT Masuk Final Piala AFC pada 31 Oktober 2015

Imej
  TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYOKONG DAN PENAJA Perjalanan menuju perlawanan akhir Piala AFC merupakan suatu perjalanan yang amat mencabar. Lebih mencabar lagi bagi JDT memandangkan ianya kali pertama JDT bersaing dalam kejohanan ini. Namun begitu, segala usaha kita telah membuahkan hasil, dan layak ke peringkat akhir adalah satu pencapaian yang hebat. Semua ini tidak mungkin tercapai tanpa sokong an para peminat dan penaja kita. Setinggi-tinggi penghargaan daripada saya kepada semua penyokong dan penaja sekalian. Saya juga ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang akan berangkat ke Tajikistan untuk menyaksikan detik yang amat bersejarah ini, terutama sekali bagi seluruh rakyat Johor. Sekali lagi, ribuan terima kasih kepada seluruh penyokong dan para penaja JDT. DYAM BRIGADIER JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR.

Keputusan perlawanan Piala Malaysia Suku Akhir ke-2

Keputusan penuh Kelantan, Selangor, Lion IIX dan ATM layak ke separuh akhir setelah menewaskan lawan masing-masing malam tadi. Kelantan vs Felda United 2-2 (4-3) Selangor vs Johor FC 2-1 (5-2) Lion IIX vs Pahang 2-0 (3-2) ATM vs Negeri Sembilan 3-1 (6-2) Kepada pasukan yang layak ke separuh akhir tahniah. Era Piala Malaysia Boleh.