Canon DSLR EOS 70D baru
Canon tampil lagi dalam bidang pengimejan bersama kamera DSLR EOS 70D yang bercirikan sistem CMOS AF Dwi Piksel baru untuk fokus kepada imej lebih pantas ketika merakam video menyamai fungsi ketika merakam foto. Ia turut dikuasakan prestasi dan imej berkualiti tinggi menggunakan sensor CMOS APS-C baru beresolusi 20.2MP dan pemprosesan imej DIGIC 5+. Sistem CMOS AF Dwi Piksel yang baru diperkenalkan memasukkan teknologi fokus auto (AF) yang dimasukkan dalam sensor merakam kualiti video menyamai kualiti kamkorder. Pada masa sama, ia turut memampatkan sistem Live View AF yang mengurangkan masa fokus bagi kelancaran ketika merakam. Ia turut dilengkapi transmiter tanpa wayar di mana pengguna boleh muat turun aplikasi EOS Remote di Apps Store atau Google Play bagi memindahkan foto serta video dari kamera ke peranti lain. Aplikasi sama juga membenarkan kawalan apertur, kelajuan shutter dan ISO terus dari telefon pintar anda. CANON EOS 70D Prestasi memberangsangkan ...