Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Piala Malaysia.

JDT kalah diKuala Terengganu Piala Malaysia

Imej
Tahniah buat Terengganu FC yang bermain baik walau diasak bertalu-talu oleh geng serangan JDT tapi masih mampu bertahan. Sesekali buat serangan diseparuh masa kedua membuahkan hasil yang lumayan untuk dijadikan bekalan ke Larkin nanti. Skuad Irfan Bakti menunjukkan cara bermain dengan semangat yang tinggi untuk menang berbanding JDT yang menguasai bola sepanjang perlawanan tetapi hampa tiada jaringan dapat dihasilkan. Kemampuan jentera tengah JDT amat diragui pada separuh masa kedua kerana terasa loglai dengan hantaran-hantaran yang tidak tepat dan lemah. Perlawanan kedua akan diadakan pada 20.10.2018 di Stadium Tan Sri Hasan Yunus Larkin. Keputusan secara agreget  JDT 0-1 Terengganu FC. Adakah Piala ini akan kekal di JDT pada tahun ini.

Perpindahan pemain ke JDT 2019

Dikhabarkan ada pemain lincah  yang mewakili Harimau  Malaya akan berpindah ke selatan tanahair. Jika benar apa yang dikhabarkan bermakna tahun depan laju-laju ni. Kita tunggu dan lihat jika benarlah apa yang diperkatakan. Kita nak tahu juga siapa bakal digugurkan dari skuad utama JDT seramai 2 orang tu. Cuba teka siapa yang dah lama x main dalam skuad JDT sekarang? Apapun kita tunggu sahaja la ya. AFC Champion 2019

Kelantan menentang ATM siapa menang

Imej
Sabtu ini bakal berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia. Siapa lebih hebat malam itu dia akan menang dan menjuarai Piala yang semua pasukan ingin memilikinya.

Keputusan perlawanan Piala Malaysia ATM menentang LIONS XII

Imej
Pasukan ATM bakal ke pentas final Piala Malaysia Perlawanan malam tadi penuh drama dan teka teki siapa yang bakal ke final Piala Malaysia dengan mendebarkan sekali sehingga ke penentuan sepakan penalti. Nasib menyebelahi pasukan ATM dengan tiang menjadi  penyelamat  bola keluar melantun keluar membolehkan ATM ke final buat kali ke 3. Masa tambahan 6 minit yang diberikan oleh pengadil disebabkan oleh pemain LION membuang masa dan membuat kesakitan yang nampak dibuat-buat memakan diri apabila Marlon dapat menanduk masuk bola pada saat-saat akhir tiupan wisel oleh pengadil. Drama diteruskan dalam masa tambahan 30 minit tiada gol dihasilkan walaupun ATM beberapa kali dapat masuk ke kotak penalti tapi tiang menjadi penyelamat dan seorang pemain LION Abdul Halim dibuang padang kerana menerima 2 kad kuning. Sepakan penalti nampak berpihak kepada LION pada awalnya sehingga sepakan ke 5 yang dapat diselamatkan penjaga gol ATM Farizal untuk 3 tendangan akhir LION dapat diselamat...