Liga Super JDT seri dengan Lions XII
Perlawanan ketiga dalam liga Super antara JDT dengan Lions XII memberikan tanda aras kepada JDT musim ini. Apa sudah jadi dengan permainan JDT yang dilihat terlalu selesa seperti sudah menang besar dengan pasukan pelawat. Permainan bersahaja dan sambil lewa memakan diri apabila sudah mendahului dengan 2-0 tetapi dalam masa 2 minit sahaja pintu gol yang dikawal oleh Razlan Razali bocor dek kealpaan benteng pertahanan yang longgar walaupun dibarisi bintang-bintang benteng Harimau Malaya. Sikap macam dah menang jer macam selesa jer dan tiada kesungguhan pemain dilihat punca permainan JDT terlalu suram. Jika dilihat separuh masa pertama JDT menguasai permainan tetapi separuh masa kedua JDT seperti hilang tumpuan dan keletihan sehinggakan pemain Lions XII mudah mengawal bola dan hampir mengalahkan JDT dengan serangan kilat mujurlah penjaga gol dapat menguis sedikit bola dari kaki Safuan Baharudin jika tidak JDT pasti malu kalah di laman sendiri. Lagi satu mutu pengadilan malam tadi bo...