Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nunez

Johor DT Seri Lagi

Johor Darul Takzim melepaskan peluang bermain ditempat sendiri apabila sekadar seri dengan Felda United 1-1. Johor sepatutnya mudah untuk menjinakkan Felda United tetapi aksi terlalu longlai pada malam tadi disebabkan ramai pemain utama tidak dpat diturunkan kerana kecederaan dan juga digantung perlawanan kerana menerima kad. Jika Johor DT menang malam tadi tentu jurang mata dengan pendahulu Lions XII dapat dikecilkan tetapi sayang jurang mata masih sama 4 mata setelah Lions XII seri lagi dengan Perak 1-1. Baki perlawanan tinggal 2 sahaja adakah mampu JDT untuk merangkul kejuaraan Liga Super masih menjadi tanda tanya sedangkan Lions sudah memastikan sebelah kaki untuk menjuarai Liga Super kali ini jika mereka menang baki perlawanan. Memang hampa 3 game terakhir JDT berkesudahan dengan seri jika menang tentu JDT sekarang berada ditakhta liga. Lupakan liga buat waktu ini tumpuan pastinya pada Final Piala FA yang akan berlangsung pada 29 Jun 2013 menentang Kelantan yang terus melakar kem...

Johor DT dan Lions XII sama kuat

Imej
Johor darul takzim hampir untuk merobek kekentalan Linons XII dijalan besar tetapi dinafikan oleh semangat juang anak buah Sundramorty apabila dapat menyamakan kedudukan pada akhir babak kedua hasil kelam kabut didepan gol Johor. Johor terlebih dahulu membolosi gawang Lions pada minit ke 10 hasil kerja keras Nunez yang berani untuk merampas bola didepan gol akhirnya mudah menolak masuk gol pertama Johor. Johor pulang dengan 1 mata  dan masih ketinggalan 4 mata dibelakang Lions . Johor perlu menang semua perlawanan dan mengharapkan Lions untuk kalah semua perlawanan akhir berbaki 3 . Ayuh Johor buktikan kekuasaan untuk menjuarai liga Super kali ini.