Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel harimau muda

Logo baru Harimau Malaysia

Imej
Nama Harimau Malaya di ganti dengan Harimau Malaysia kerana bagi melancarkan era baharu bola sepak Malaysia mulai tahun 2016 ini, FAM berasakan nama gelaran Harimau Malaya yang sering kali diguna pakai sebelum ini sudah tidak lagi sesuai.

LIVE Malaysia VS Manchester City

Imej
Malam ini bakal berlangsung perlawanan pemanas badan juara EPL 2011 Manchester City menentang pilihan Malaysia. Adakah akan ada gol yang banyak dihasilkan malam ini mari kita saksikan malam ini pada jam 9.45 malam dari Stadium Bukit Jalil. Jika Malaysia bermain seperti perlawanan menentang Arsenal pasti ada tugasan sukar buat juara EPL ini. Jom buktikan mana tahu ada rezeki dapat kalahkan juara yang mempunyi banyak bintang ini.

FAM enggan bantah Myanmar

Kuala Lumpur: HASRAT melihat skuad B-22 negara layak ke pusingan akhir Piala Asia B-22 2013 menggantikan Myanmar yang melanggar peraturan menurunkan pemain lebih umur musnah gara-gara keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan bantahan rasmi. Malah, pendirian FAM itu mungkin bakal memakan diri sendiri apabila dikhabarkan jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee mahu meletak jawatan kerana kecewa tidak mendapat sokongan majikan sendiri. Namun Kim Swee yang dihubungi malam tadi, enggan mengulas lanjut kerana masih bercuti. Selepas tempoh 48 jam berakhir 7 petang semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan sekretariatnya tidak menghantar sebarang surat bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). “Kami tidak boleh semata-mata membuat bantahan menggunakan bukti-bukti daripada pihak ketiga (media) atau laman-laman web. Selepas meneliti senarai pendaftaran AFC, kami dapati memang terdapat nama sama tetap...

Malaysia Mesti Bantah Myanmar

Imej
  Tarikh lahir sebenar Kaung Si Thu iaitu tahun 1987 pada laman web rasmi Yangon United sebelum ini (atas) dikesan sudah ditukar ke tahun 1993 (bawah) kelmarin. MOM syor tindakan diambil ke atas Myanmar atas nama kesukanan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus tampil keras memperjuang kan bantahan pengurusan skuad bawah 22 negara yang mempunyai bukti Myanmar menyenaraikan pemain lebih usia ketika aksi Kelayakan Piala Asia B-22 2013 yang berakhir, kelmarin. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku terutama dengan Myanmar bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA, tahun depan. “Jika benar ada bukti Myanmar menurunkan pemain lebih usia, tindakan perlu diambil ke atas mereka atas nama kesukanan,” kata Kok Chi. “Jika kita berdiam diri bermakna kita menyokong perkara ini. “FAM perlu memastikan tindakan diambil ke atas Myanmar jika dakwaan...

Live Malaysia U22 vs Myanmar U22

Imej
Malam ini bakal berlangsung perlawanan terakhir kumpulan G bagi menentukan tempat ke final Piala AFC U22 2013 anatara Malaysia menentang Myanmar. Malaysia perlu wajib menang ke atas tuan rumah bagi memastikan tempat dan tuan rumah hanya memerlukan seri sahaja untuk layak. Harapan besar bagi rakyat Malaysia agar skuad Ong Kim Swee menang. Siaran langsung di Astro Arena 801. Kita doakan kejayaan skuad kali ini. Go harimau muda.

Result Malaysia U22 vs Philippine U22

Malaysia menang besar k eatas Filipina 7-0.Kenapa tiada siaran langsung. Bagaimana acara besar macam ni tiada siaran langsung di tv, cuba cerita sket. Kenapa buat pertandingan di tempat yang tak boleh buat siaran langsung. Semangat nak tengok pasukan negara bermain hilang. Nasib baik menang kalau kalah lagi la double marah aku nie sebab tak boleh tengok. Ini adalah kemenangan pertama Malaysia setelah kalah kepada Korea Selatan. Bravo harimau muda , bangun! bangun! bangun! Harimau bangun.

Result Malaysia vs Korea Selatan

Imej
Harap pasukan bawah 22 Harimau Muda layak ke akhir Piala Asia Terkini dari Myanmar keputusan pusingan kelayakan piala asia b22 Malaysia kalah tipis 2-3 kepada Korea Selatan. Gol dihasilkan 4 gol di separuh masa pertama dan 1 gol diseparuh masa kedua. Gol Malaysia dijaringkan oleh Thamil Arasu. Banyak peluang Malaysia dipersiakan. Taktik Hantaran jauh yang digunakaan oleh Malaysia tidak menjadi dan sia-sia sahaja. Nazmi pula seperti biasa kekejangan otot terpaksa dikeluarkan dan digantikan Stephan Robert. Minit-minit akhir perlawanan sepatutnya Malaysia boleh menjaringkan gol tapi tendangan Hazwan dapat ditepis pemain pertahanan lawan. Jika beliau bijak pasti gol penyamaan dapat dihasilkan. Kita masih tumpul dibahagian serangan sesuatu perlu dilakukan segera oleh jurulatih bagi memastikan kita layak ke pusingan akhir nanti.