Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TMJ

JDT kalah diKuala Terengganu Piala Malaysia

Imej
Tahniah buat Terengganu FC yang bermain baik walau diasak bertalu-talu oleh geng serangan JDT tapi masih mampu bertahan. Sesekali buat serangan diseparuh masa kedua membuahkan hasil yang lumayan untuk dijadikan bekalan ke Larkin nanti. Skuad Irfan Bakti menunjukkan cara bermain dengan semangat yang tinggi untuk menang berbanding JDT yang menguasai bola sepanjang perlawanan tetapi hampa tiada jaringan dapat dihasilkan. Kemampuan jentera tengah JDT amat diragui pada separuh masa kedua kerana terasa loglai dengan hantaran-hantaran yang tidak tepat dan lemah. Perlawanan kedua akan diadakan pada 20.10.2018 di Stadium Tan Sri Hasan Yunus Larkin. Keputusan secara agreget  JDT 0-1 Terengganu FC. Adakah Piala ini akan kekal di JDT pada tahun ini.

Perpindahan pemain ke JDT 2019

Dikhabarkan ada pemain lincah  yang mewakili Harimau  Malaya akan berpindah ke selatan tanahair. Jika benar apa yang dikhabarkan bermakna tahun depan laju-laju ni. Kita tunggu dan lihat jika benarlah apa yang diperkatakan. Kita nak tahu juga siapa bakal digugurkan dari skuad utama JDT seramai 2 orang tu. Cuba teka siapa yang dah lama x main dalam skuad JDT sekarang? Apapun kita tunggu sahaja la ya. AFC Champion 2019

Drama Gomez & Presiden FAM

Imej
Sejak dua tiga hari ni tular kisah drama tentang ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia yang menjadi tanda tanya kepada seluruh peminat bolasepak Malaysia tentang status beliau dan kemelut pembantu jurulatih yang tiba-tiba sahaja menjadi bualan topik hangat masa kini. Apa yang terjadi sebenarnya dan siapa benar dan siapa salah dalam hal ini. Kita sebagai peminat ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya dan adakah semua keputusan dilakukan sebelah pihak sahaja tanpa ada perbincangan terlebih dahulu. Jurulatih Kedah yang meletak jawatan  untuk menjadi penolong kepada ketua jurulatih dikatakan bukan pilihan beliau. Saya dah sedia tapi org tu x nak malu la saya mcam ni Sudah confirm ke belum saya jadi Ketua Jurulatih ni ?