BR1M 2.0 Pelajar , penganggur layak terima RM250
Kota Bharu: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan individu bujang yang tidak mempunyai pekerjaan berusia 21 tahun ke atas turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua (BR1M 2.0) bernilai RM250. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, b erkata golongan berkenaan layak kerana tidak mempunyai pendapatan atau berpendapatan kurang RM2,000 sebulan. “Di Malaysia, lebih sejuta penerima baru ini berusia lebih 21 tahun dan tidak mendapat bantuan sebelum ini. “Di universiti, penuntut yang berusia 21 tahun ke atas pun akan dapat, penganggur lagi boleh kerana dalam kategori pendapatan kurang RM2,000 atau tidak mempunyai pendapatan langsung,” katanya sambil menambah BR1M 2.0 akan dibayar mulai Januari depan. Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra anjuran Majlis NGO Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan, di Tanjung Chat, semalam. Hasil kurang RM2,000 Jumaat lalu, Perdana Ment...