Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BR1M

Minyak NAIK RON95 & Diesel naik RM0.20 berkuatkuasa 2.10.2014

Imej
Bapaklah Najib apa yang kau buat ni labu yang kau tetiba naikkan harga minyak ni kenapa ha...dah tak sabo sangat ke ...agak2 la orang nak beraya haji ni tapi kau naikkan waktu ni kenapa confirm la semua barang naik lepas ni...nak beli barang confirm semua naik harga raya nie. Jahanam betul la...x fikir ke sekarang ni org sedang kesesakan harga yang dah naik ditambah pulak dengan beban hutang...buat pinjaman x leh lebih 10 tahun...apa semua ni..macam-macam la ko ni siapa punya penasihat la dibelakang ko ni ha...dah sama dah harga ron95 rm2.30 diesel rm2.20 . BR1M tu tak perlu sebenarnya...buat cara lain yang lebih baik dari beri sekali setahun 650  dapat apa...baik beri yang berkekalan. Cuba la fikir sikit orang Melayu makin tersepit dinegara sendiri. Kaum lain masih boleh tersenyum dengan kedudukan ekonomi mereka. Ayuh kita berubah menaikkan taraf ekonomi kita kaum Melayu.Masuk MLM skim cepat kaya..labur saham ke..apa2 yang buat duit jangan yang haram sudah la. Macam ni leh ma...

BR1M 2.0 Pelajar , penganggur layak terima RM250

Kota Bharu: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan individu bujang yang tidak mempunyai pekerjaan berusia 21 tahun ke atas turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua (BR1M 2.0) bernilai RM250. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, b erkata golongan berkenaan layak kerana tidak mempunyai pendapatan atau berpendapatan kurang RM2,000 sebulan. “Di Malaysia, lebih sejuta penerima baru ini berusia lebih 21 tahun dan tidak mendapat bantuan sebelum ini. “Di universiti, penuntut yang berusia 21 tahun ke atas pun akan dapat, penganggur lagi boleh kerana dalam kategori pendapatan kurang RM2,000 atau tidak mempunyai pendapatan langsung,” katanya sambil menambah BR1M 2.0 akan dibayar mulai Januari depan. Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra anjuran Majlis NGO Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan, di Tanjung Chat, semalam. Hasil kurang RM2,000 Jumaat lalu, Perdana Ment...