Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel air

Gemuknya

Imej
Anda marah bila dikatakan badan anda gemuk? Adakah anda gemuk sekarang ini ? Jika ya adakah anda gemar minum air berkarbonat, satu kajian telah dibuat bahawa punca kegemukan adalah berpunca dari tabiat meminum air bergas atau berkabonat. Jadi jika anda mahu kurus dan ramping jangan minum minuman berkabonat dan banyakkan minum air kosong. Jangan lupa bersenam dan makan makanan yang sihat.Pesanan ini dibawakan oleh amikgambar.blogspot.com

Jom pergi Melaka Wonderland

Imej
Salam semua pembaca blog, di Melaka terkini ada taman tema air terkini yang berada di Air Keroh yang dinamakan Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini dan sesat sebab sign board dilindungi dengan daun kelapa sawit hehehe. Jika anda dari Plaza Tol Air Keroh anda kena lihat sebelah kanan pada lampu trafik pertama berdekatan dengan taman Mini Malaysia. Kalau dari Hotel MITC Ancasa Hotel memang dekat lah theme park ni terus jumpa bulatan dan dalam 200 meter belok kiri dan nampak balai polis terus dan jumpa bulatan kecil belok pukul 3 dan terus je la jumpa la taman tema Wondeland tu. Menjejakkan kaki kat sini rasa teruja jer sebab pertama kali la nak pergi sini. Sampai-sampai tengok tempat  parking memang sikit jer tapi bolehlah sebab barukan. Lepas bayo tiket jalan masuk jauh juga dalam 100 meter dan jumpa tempat tukar baju. Lepas tu jumpa pulak kolam mandi berombak dan naik bukit sikit jumpa pulak kolam yang agak besar untuk mandi kan...