Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel apek

Malaysia Kalah Angkara DR yang pandai berkata-kata manis

Imej
Datuk Rajagopal 3 - 0 apa ni. Mana Datuk Rajagopal yang dulu 2010. Memalukan amat memalukan kekalahan yang tidak dapat diterima oleh aku, pemain Malaysia bermain seperti membuat eksperimen lagi kerana hantaran tidak menjadi, kedudukan pemain terlalu jauh, hantaran jauh yang sia-sia, bek, tengah, dan sayap tidak menjadi langsung serta kecuaian penjaga gol yang nak kawin sangat tu membuatkan kita gigit jari. Gol-gol mudah dilepaskan oleh pemain Malaysia. Tektikal Rajagopal sama serupa seperti sebelum ini tiada perubahan ketika kalah kepada Myanmar, Thailand, seri kepada Hong Kong dan Bangladesh. Singapura menunjukan mereka lebih layak menang kerana kawalan bola dan hantaran yang tepat serta kecekapan penjaga gol mereka. Kalau macam nilah Malaysia lawan Laos nanti aku percaya Malaysia tidak pergi juah ditempat sendiri. Memalukan tapi jalan masih terbuka lagi jika ada kemahuan dan tektikal yang betul oleh Rajagopal. Duhai pemain jangan hampakan harapan mengunung rakyat Malaysia sem...

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012

Imej
    (Dari kiri ke kanan) Rozaimi, Khairul Fahmi, Aidil, Norshahrul, Sathianathan dan Safiq bersama anugerah yang diterima masing-masing, di Shah Alam, semalam. - Foto Goh Thean Howe   Terbukti anak didik Rajagobal adalah pemain terbaik negara Shah Alam: Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012, semalam dikuasai sepenuhnya pemain kebangsaan, sekali gus membuktikan skuad 35 pemain pilihan Datuk K Rajagobal untuk kempen Piala AFF Suzuki tahun ini dibarisi pemain terbaik negara. Walaupun pemilihan pemenang untuk beberapa kategori menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir peminat, keseluruhannya anugerah hasil kerjasama 100Plus-Astro Arena-FAM ini mampu menyuntik semangat kepada pemain kebangsaan yang dicalonkan. Mampu tersenyum Juara treble musim ini, Kelantan mampu tersenyum puas apabila empat anugerah menjadi milik mereka dengan Norshahrul Idlan Talaha menggondol gelaran Pemain P...

Keputusan perlawanan Piala Malaysia ATM menentang LIONS XII

Imej
Pasukan ATM bakal ke pentas final Piala Malaysia Perlawanan malam tadi penuh drama dan teka teki siapa yang bakal ke final Piala Malaysia dengan mendebarkan sekali sehingga ke penentuan sepakan penalti. Nasib menyebelahi pasukan ATM dengan tiang menjadi  penyelamat  bola keluar melantun keluar membolehkan ATM ke final buat kali ke 3. Masa tambahan 6 minit yang diberikan oleh pengadil disebabkan oleh pemain LION membuang masa dan membuat kesakitan yang nampak dibuat-buat memakan diri apabila Marlon dapat menanduk masuk bola pada saat-saat akhir tiupan wisel oleh pengadil. Drama diteruskan dalam masa tambahan 30 minit tiada gol dihasilkan walaupun ATM beberapa kali dapat masuk ke kotak penalti tapi tiang menjadi penyelamat dan seorang pemain LION Abdul Halim dibuang padang kerana menerima 2 kad kuning. Sepakan penalti nampak berpihak kepada LION pada awalnya sehingga sepakan ke 5 yang dapat diselamatkan penjaga gol ATM Farizal untuk 3 tendangan akhir LION dapat diselamat...

Keputusan perlawanan Piala Malaysia Suku Akhir ke-2

Keputusan penuh Kelantan, Selangor, Lion IIX dan ATM layak ke separuh akhir setelah menewaskan lawan masing-masing malam tadi. Kelantan vs Felda United 2-2 (4-3) Selangor vs Johor FC 2-1 (5-2) Lion IIX vs Pahang 2-0 (3-2) ATM vs Negeri Sembilan 3-1 (6-2) Kepada pasukan yang layak ke separuh akhir tahniah. Era Piala Malaysia Boleh.

LIVE Malaysia VS Manchester City

Imej
Malam ini bakal berlangsung perlawanan pemanas badan juara EPL 2011 Manchester City menentang pilihan Malaysia. Adakah akan ada gol yang banyak dihasilkan malam ini mari kita saksikan malam ini pada jam 9.45 malam dari Stadium Bukit Jalil. Jika Malaysia bermain seperti perlawanan menentang Arsenal pasti ada tugasan sukar buat juara EPL ini. Jom buktikan mana tahu ada rezeki dapat kalahkan juara yang mempunyi banyak bintang ini.