Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Safiq Rahim

JDT kalah diKuala Terengganu Piala Malaysia

Imej
Tahniah buat Terengganu FC yang bermain baik walau diasak bertalu-talu oleh geng serangan JDT tapi masih mampu bertahan. Sesekali buat serangan diseparuh masa kedua membuahkan hasil yang lumayan untuk dijadikan bekalan ke Larkin nanti. Skuad Irfan Bakti menunjukkan cara bermain dengan semangat yang tinggi untuk menang berbanding JDT yang menguasai bola sepanjang perlawanan tetapi hampa tiada jaringan dapat dihasilkan. Kemampuan jentera tengah JDT amat diragui pada separuh masa kedua kerana terasa loglai dengan hantaran-hantaran yang tidak tepat dan lemah. Perlawanan kedua akan diadakan pada 20.10.2018 di Stadium Tan Sri Hasan Yunus Larkin. Keputusan secara agreget  JDT 0-1 Terengganu FC. Adakah Piala ini akan kekal di JDT pada tahun ini.

Badi kekalahan terus menyelubungi skuad JDT

Imej
Selepas kekalahan kepada Pahang dalam suku akhir pertama Piala FA kali ini dalam kumpulan Piala AFC kalah kepada Global FC pula dengan jaringan yang agak besar. Dilihat benteng pertahanan JDT agak longgar dan goyah setiap kali pihak lawan kaunter attack. Corak permainan yang tidak sedap dilihat berbanding sebelum ini. Pemain bermain sambil lewa dengan hantaran dan gelecekan yang mudah di rampas lawan. Banyak kesilapan individu dalam 2 kekalahan JDT ini. Jurulatih Mora dilihat kehilangan corak tektikal permainannya. Piala FA Piala AFC

Liga Malaysia 2017 pasti sengit

Imej
Liga Malaysia 2017 bakal bermula tidak lama lagi dengan setiap pasukan berlumba-lumba mencari pemain terbaik untuk musim ini untuk merangkul kejuaraan untuk musim 2017. Yang pastinya setiap pasukan akan cuba untuk menyaingi kehebatan pasukan JDT yang telah merangkul kejuaraan Liga Super sebanyak 3 kali berturut-turut . Banyak drama telah terjadi sebelum bermulanya liga dengan drama tarik tali Kelantan dan Selangor yang dikatakan kekurangan dana yang pada mulanya menarik diri dari liga dan akhirnya menyatakan akan meneruskan kempen pada tahun ini. Perbalahan antara pasukan itu dan ini menjadi viral dimedia sosial. Kehadiran pemain-pemain import baru yang boleh dikatakan "POWER" menghiasai liga kali ini. Antara pasukan yang bakal menyaingi kehebatan JDT adalah seperti pasukan baru dari Liga Perdana iaitu Melaka, Pahang, Perak, Kedah, Felda dan pasukan yang tidak boleh dipandang rendah juga Selangor walaupun menghadapi masalah. Disini disertakan serba sedikit tentang Liga Sup...