Catatan

Lori Pasir Yang Kurang Ajor

Imej
Pada hari khamis petang sewaktu ku pulang kerja di persimpangan trafik light , ku lihat lampu sudah hijau dan tetiba ku lihat cermin sebelah kanan ku ada macam satu bende besar sedang laju giler kearah sisi kereta aku. Syukur aku terlewat sket menekan pedal minyak aku jika tidak .......tapi aku memang tak puas hati dengan driver lori pasir ini yang kurang ajor sangat, mentang-mentang ko besor tak ingat orang dah keta yang kecik-kecik ni. Lori pasir ni banyak waktu pagi dan petang membawa pasir ke destinasi yang diragui samada dijual dengan sah atau tidak atau dijual ke negara jiran kita. Kat sini aku sempat amik gambar lori tu tapi tak terang la tapi inilah lori yang kurang ajor tu.Beberapa kereta yang disebelah dan belakang terpaksa membrek mengejut disebabkan tindakan lori yang kurang ajor ni yang tiba-tiba masuk dari sebelah kanan ke kiri. No plat tak sempat tgk la pulak sebab laju giler lori ni, ingat boleh buat aduan kat lpkp. Setelah ku amati betul-betul gambar yang aku amik nie ...

Patung patung ditaman permainan

Imej
Sempena perayaan tahun baru Cina baru-baru ini di Taman Sutera berdekatan dengan Carefour ada satu taman permainan yang telah menghiaskan dengan patung-patung kebudayaan 1 Malaysia. Jom tengok sikit. semua ini adalah rekaan semata-mata

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang Johor Malaysia

Imej
Salam buat semua, Hujung minggu ini anda kemana-mana tak jika tidak pergilah ke Festival layang-layang Sedunia Pasir Gudang yang bermula dari 15 ~ 19 Februari 2012. Jom beramai-ramai memeriahkan pesta ini. Pasti anak-anak anda suka.   Aku belum sempat pergi lagi kat festa ni , rasanya cuti minggu ni baru sempat nak pergi. Nanti aku amik gambar banyak2 aku upload kat sini. So tunggu entry aku akan datang. semua ini adalah rekaan semata-mata

Kempen Membuang Sampah ditempat yang betul

Imej
 Jom kita membuang sampah dipagar seperti gambar dibawah ini. Jika anda yang lakukan seperti ini insaflah la yer orang dah bagi sedekah kat kau, kau orang suka-suka buang dekat pagar pulak. Adakah ini tong sampah baru Fikir-fikirkan bila anda ingin membuang sampah. Carilah tong sampah yang betul atau anda simpan bila dah banyak boleh dijual dekat tempat recycle dapat duit nanti boleh buat beli tisu. semua ini adalah rekaan semata-mata

Awan Nano

Imej
Cuba anda pusingkan ikut arah jam apa yang ada lihat dan nampak, awan ini telah diambil pada 7 Feb 2012   Cantik Mendamaikan semua ini adalah rekaan semata-mata

Tsunami rasuah melanda bolasepak Malaysia

Imej
Setelah beberapa lama tidak kedengaran pasal rasuah bolasepak kini ditahun 2012 kembali pula isu rasuah kembali hangat. Pemain-pemain yang terlibat akan dikenakan denda yang berat antaranya tidak boleh bermain selama 5 tahun maknanya gantung but la dan cari kerja lain la woiiii.....Kita mahu mutu bolasepak kita naik dan pemain boleh dijual ke luar negara macam Safee Sali. Jika masalah ini berterusan waktu muram bolasepak kita kembali lagi setelah beberapa tahun ini pasukan kita menunjukan peningkatan.  Bersama kita benteras gejala rasuah dalam bolasepak kita. Jika anda pemain bolasepak jauhilah gejala yang tidak sihat ini. semua ini adalah rekaan semata-mata

On Air di Astro

Imej
Salam buat semua,     Malam tadi secara tidak sengaja aku tertengok la On Air kat ASTRO Ria. Dalam tengok punya tengok aku rasa tak syok la sebab apa...sebab judgenya yang kureng ajor sikit bila beri komen kepada peserta. Aku sebagai orang Johor dan dibuat di Johor audition tu aku rasa terhina la pulak sebab apa celuparnya ayat yang dikeluarkan oleh judge pompuan ni. Kalau la nk kritik  bg pendapat yang membina la, ini tidak sound mencaci bentuk fizikal orang. Aku rasa baik diorang tapis dulu semua peserta yang nak masuk On Air tu dulu mana yang hensome mana yang cantik jer boleh masuk, yang gemuk yang tak cantik terus tendang keluar jer la tak la sakit hati jer. Cari macam ratu cantik ke, jejaka tampan ker baru boleh masuk On Air nie. Buat la undang-undang masa kat borang tu ciri-ciri yang dicari mestilah cantik dan hensome jer yang buruk tak boleh masuk rancangan ini. Aku rasa bekas pengacara pompuan yang jadi judge sementara ini mesti tengah panas telinga sebab r...