Catatan

Pantai Yang Indah

Imej
Apa pantai yang indah? Ada lagi ke pantai yang indah sekarang ini. Angkara siapa yang buat semua ini? Jangan tanya lagi dah tahu dah siapa yang buat. Jom skodeng apa yang ada ditepi pantai kita. selipar, botol ,plastik merata-rata plastik bungkus roti jer pun ada ni dah kes parah ni minyak pun ada rumpai laut Sotong punya tak tau apa ni kayu baik punya port coral yang dah mati  Marilah kita sama-sama membersihkan pantai kita sebelum terlambat.   Jadikan amalan kebersihan dan disiplin budaya kita. Sama-sama menjaga alam sekitar kita adalah tanggungjawab bersama.

Perhimpunan Bersih3.0

Imej
Apa dah jadi ni dengan Bersih 3.0 yang diadakan semalam dengar-dengar ada rusuhan dan merosakan harta benda awam. Aku memang tak gemor bende2 camni lagi la nk join org bersesak-sesak ni. Adui yai .Aku tak sokong mana2 cuma kecian jer tgk perangai dak-dak ni yang meluahkan perasaan. Gambar Ihsan dari Kosmo Apa yang anda fikirkan bila tengok gambar ini. Yang 3 orang dok jahanamkan kereta polis dan blah belakang tu nampak cam dok belasah seseorang dengan teruk. Fikir la sendiri mana baik mana buruk yer. Cuba fikir kalau kena batang hidung sendiri ya..agak2 camner la pulak yer.

-0Tahniah Skuad Harimau Malaya Menang 6-0 ke atas Sri Lanka

Imej
  Malaysia menepati ramalan awal untuk menang menentang Sri Lanka dengan kemenangan besar 6-0. Anak buah Rajagopal menampakkan penguasaan tetapi sesuatu perlu diperbaiki pada masa akan datang. Skaud Malaysia lambat panas pada awal saingan dan mula mengorak langkah pada minit-minit pertengahan dan akhir. Hazwan Bakri muncul wira Malaysia dengan meledak 3 gol pada lewat permainan setelah dimasukan pada minit 73 mengantikan Safee Sali. Keghairahan Malaysia mencari gol hingga lewat permainan oleh kemasukan pemain simpanan nampak lebih terserlah berbanding pemain yang dimasukan lebih awal. Tahniah buat semua pemain teruskan kemenangan anda dan buat kami lebih menyayangi Skuad Malaysia baru ini.

Semut Gergasi

Imej
Sewaktu ku berjalan-jalan tiba-tiba aku terlihat satu benda bergerak pantas mendekatiku dan bila ku perhatikan betul-betul ia adalah semut gergasi berwarna hijau. Tak percaya ke bila aku cakap semut gergasi ini jom tengok buktinya. Ha percaya tak bila aku cakap aku jumpa semut gergasi. Besar tu ..... warna hijau lagi.

Real Madrid & Barcelona tewas di Separuh Akhir UEFA Champions League

Imej
Puh macam tak percaya jer bila dapat tahu 2 pasukan gergasi Liga Sepanyol Barcelona dan Real Madrid tersingkir dalam separuh akhir UEFA Champions League. Pasukan yang melangkah ke final nanti adalah Chelsea dan Bayern . Kemenangan yang penuh dramatik ini menghangatkan lagi pentas final nanti. Chelsea menang dengan agreget  3-2 mengatasi Barcelona dan Bayern menang dengan agreget 3-3 (3-1 sepakan penalti) dengan Real Madrid. Best giler la.

Kata-kata hikmah dipagi hari buat renungan bersama

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.  Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.  Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.  Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari. Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi. Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.  Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.  Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.  Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.  Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita. Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil. "Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan" InsyaAllah Dia akan permudahkan

Nikon keluarkan model baru Nikon D3200

Imej
Apa yang menarik model baru nikon D3200 ini adalah pixel dan video hd yang telah diupgade dari model awal D3100. Dengan 24.2-megapixel dan Full HD (1080p) video kamera kecil ini menampakkan dapat mengalahkan beberapa model lain yang sedia ada dipasaran. Power tu walaupun body dia tiada motor tapi ia semenagnya sesuai bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang photography. Harga pun boleh tahan dalam RM2500 jer. Kita tunggu jer bila nikon akan lancarkan model baru ini dan sama-sama tengok kat kedai.