Catatan

Nikon D600

Imej
  Nikon D600: Spesifikasi 24.3MP Full-frame CMOS sensor (10.5MP DX-format crop mode) ISO 100-6400 (expandable to ISO 50-25,600 equivalent) Maximum 5.5fps continuous shooting 39-point AF system with 9 cross-type AF points 3.2in 921k-dot LCD screen 1080p30 full HD video mode with stereo sound recording Headphone jack for audio monitoring in movie mode Uncompressed video recording via HDMI Dimensions: 141mm x 113mm x 82mm (5.5 × 4.4 × 3.2 in). Weight: 760 g (1.6 lbs) (camera body only, no battery)  Nikon telah mengeluarkan adik kepada D700 & D800 . Model ini hampir sama dengan D7000 tetapi dekat dengan D800. Dengan menggunakan DX format. Nak tahu lebih lanjut layari website Nikon sekarang juga.

Iphone 5

Imej
Inilah rupa bentuk Iphone 5 Akhirnya teka teki bentuk dan rupa iphone 5 terjawab dengan pelancarannya semalam. Bentuk yang lebih kurang sama dengan iphone 4s tetapi lebih lebar skrinnya dan lebih nipis dan ringan. Kualiti kamera yang dipertingkat serta processor yang lebih laju untuk kelancaran slide dan aplikasi yang lebih jitu. Ini menjadikan gajet apple ini menjadi rebutan peminat seluruh dunia yang ternanti-nanti akan iphone ini.

Perlawanan Antarabangsa Malaysia vs Vietnam 11/9/2012

Imej
Keputusan tidak menyebelahi Malaysia apabila tunduk kepada pasukan pelawat  0-2 dalam perlawanan yang nampak dikuasai oleh Vietnam pada malam tadi 11 September 2012. Pemain Malaysia seperti hilang punca hilang kawalan bola dan mudah dipatahkan oleh pemain Vietnam. Pertahanan & tengah serta serangan Malaysia hilang punca. Jika permainan yang ditunjukan seperti ini pada AFF akan datang yang akan bermula pada November ini nescaya harapan untuk menjadi juara nampak tipis. Bangkit wahai pemain-pemain Malaysia dan jurulatih Rajagopal harus membuat sesuatu yang magik untuk melangkah garang pada perlawanan AFF nanti.

The New Nokia Lumia 920 & 820

Imej
Nokia kini lebih bersungguh-sungguh dalam mengeluarkan modelnya yang menepati pengguna sekarang ini dengan mengeluarkan model yang berasaskan window phone dengan bentuk yang cantik dan teknologi terkini. Dengan fungsi kamera yang lebih dari kamera slr maka pilihan yang lebih baik  bagi yang suka mengambil gambar dan video dengan lebih mudah tak perlu bawak kamera besar-besar dah boleh hasilkan gambar yang cantik. Banyak teknologi baru dalam lumia phone ini. Nak tahu lebih lanjut layari sahaja nokia website ada ditunjukan disana ok. Yang best lagi nak caj bateri dia hanya guna wireless jer betul ke ni macam tak percaya pulak aku tapi betul la. Jom skodeng gambar Lumia 920 & 820 Nokia Lumia 920 & Lumia 820 Nokia Lumia 820

The New Iphone 5 Finally Reveal

Imej
Apple bakal mengeluarkan versi baru iphone pada september ini. Telefon baru ini bakal menaikan lagi jenama apple yang telah gah sebelum  ini dan menjadi kegilaan seluruh dunia. Adakah iphone 5 macam ni atau sebaliknya jom skodeng video iphone 5 ini.

Legoland Malaysia

Imej
Legoland Malaysia dan pertama di Asia bakal dibuka pada pengunjung pada 15 September 2012. Taman permainan terbesar ini bakal mengundang kemeriahan kepada pengunjung yang datang terutama kanak-kanak yang teruja untuk bermain di Taman tema Legoland ini yang terletak di Kota Iskandar di Nusajaya ini. Walaupun belum dibuka kepada umum tetapi kesesakan telah berlaku di Taman Tema Legoland ini tak percaya jom skodeng gambar yang sempat aku ambil. Legoland Malaysia kami datang Lihat barisan kereta yang parking Orang ramai berpusu-pusu masuk Lihat sahaja di kaunter tiket ini orang berbaris Mercu tanda Legoland Malaysia Nak tanya ke nak beli tiket ni Walaupun belum dibuka tapi lihat sahaja tarikan pusat taman tema ini yang bakal menjadi satu daya tarikan pelancong dalam dan luar negara datang ke Johor.

Mandi Di Hari Raya

Imej
Dalam kesibukan menyambut hari raya sempat juga aku mencilok ke Taman Merdeka Di Jalan Air Molek berdepan dengan RTM Johor membawa anak-anak yang dah lama gian untuk mandi setelah sebulan berpuasa. Di taman merdeka ini sudah ada kolam mandi kanak-kanak yang diberi nama Kolam Jepun kerana terdapat kapal terbang jepun, meriam dan gambar askar jepun kat sini. Jom skodeng gambar yang sempat aku ambil semasa di Taman Merdeka ini.