Catatan

Samsung ATIV Smart PC Pro

Imej
ATIV Smart PC Pro PENGELUAR teknologi digital dunia, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) melancarkan siri komputer pintar (ATIV Smart PC) terbaharu yang merangkumi semua rangkaian perkomputeran seperti komputer riba, peribadi dan tablet di Kuala Lumpur baru-baru ini. Paling menarik ialah Samsung ATIV Smart PC menepati ramalan pasaran komputer riba, ultrabook kerana ia mempunyai fizikal yang kecil dan nipis. Papan kekunci ATIV Smart PC boleh ditanggalkan dengan senang daripada sambungan clamshell menjadi sebuah tablet. Jadi, pengguna dapat bekerja di meja dan boleh berubah menjadi peranti tablet ketika sedang dalam perjalanan dengan sifat mobilnya. Dilengkapi teknologi S Pen, ATIV Smart PC menawarkan pengalaman mengagumkan untuk menulis dan melukis. Menggunakan sistem operasi (OS) Windows 8, pengalaman dunia perkomputeran menjadi lebih menarik dengan ciri-ciri yang terdapat dalam OS baharu itu. Selain itu, skrin sesentuh dengan kepekaan sehingga 10 ja...

Google Nexus 4

Imej
Telefon pintar terbaru keluaran Google habis dijual di beberapa negara dalam tempoh sejam selepas dilancarkan, hari ini. Telefon Nexus 4 yang dihasilkan oleh syarikat LG Electronics, Korea Selatan boleh dibeli secara online menerusi Play shop Google habis dijual dan notis dihantar kepada pelanggan menerusi e-mel sekiranya unit lain akan dijual. "Minat mendalam diberikan terhadap stok model Nexus di beberapa negara," kata Nexus. Jom skodeng gambar telefon baru dari Google Nexus 4 with Android Jelly Bean       Game Perfect       GPS with google map   8 MPixel camera with special Amazing Photo Sphere camera

Salam Ma'al Hijrah 1434H

Imej
Kepada semua umat Islam di Malaysia diucapkan selamat menyambut tahun baru Islam pada 15 November 2012 bersamaan 1 Muharam 1434H. Semoga tahun baru ini membawakan lebih kebaikan dan limpahan rezeki kepada kita semua dan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya. Jangan lupa baca doa akhir tahun pada petang 14 November 2012 bersamaan 29 Zulhijjah 1433H esok sebelum masuk waktu solat magrib dan membaca doa awal tahun selepas menunaikan solat magrib.Tema untuk sambutan tahun ini adalah ‘ WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH ’

Ada aduan dail saja 03-80008000

Imej
Jika ada ada masalah sila dail no ini 03-8000 8000. Moga talian yang diwujudkan ini dapat membantu rakyat  dan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan bukan sahaja sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Talian ini dibuka 24 jam seminggu termasuk cuti umum. Gunakanlah talian yang diwujudkan ini sebaik mungkin.

SSU Ganti SSM di semua IPTA Malaysia

Sistem Saraan Universiti (SSU) bakal mengantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi semua IPTA Malaysia bermula januari 2013 jika semua berjalan lancar. Perlaksanaan skim baru ini juga bakal menambah baik sistem sedia ada terutamanya bagi proses kenaikan pangkat, latihan serta penetapan gred gaji yang bersesuaian. Kaedah kenaikan gaji berdasarkan tempoh  atau masa mereka bekerja di IPTA selain melihat prestasi semasa mereka. Ia juga menghapuskan kaedah temu duga. Insentif khas juga bakal diberi jika diluluskan iaitu Rm1200 bagi peringkat akademik, pentadbiran RM800 dan pelaksana RM500.

Malaysia tewas kepada New Zealand 2 - 5

Malaysia tewas besar kepada New Zealand 2-5. Babak pertama kita ketinggalan 3-2. Permainan nampak dikuasai lawan dengan serangan pantas dan menghasilkan 4 gol dan kesilapan pertahanan yang terlalu membrri ruang untuk lawan masuk kedalam kawasan D. Harapan perlawanan seterusnya Malaysia akan menang dan masuk ke final sekali lagi pada kejohanan hoki Piala Sultan Johor 2012.

Zulfahmi naik podium lagi buat kali kedua

Imej
  Tahniah buat Zulfahmi kerana menunjukkan semangat kental untuk naik podium buat kali kedua selepas litar Sepang. dalam cuaca hujan yang sememangnya digemari Zulfahmi dari petak ke 17 satu persatu perlumba dipotongnya sehingga ke pusingan terakhir yang membolehkannya mendapat tempat ke-3. Memang ada sesuatu anak muda Malaysia ini boleh menjadi lagenda perlumbaan permotoran pada masa akan datang. Tahniah