Catatan

Cendawan kembang diwaktu malam

Imej
Cendawan kembang hanya diwaktu malam dan layu bila siang hari. Nak tengok tak cendawan yang hanya hidup pada malam hari sahaja dan layu menguncup disiang hari. Cendawan ini putih dan cantik bentuknya, tapi tak tahu pulak boleh makan ke tidak. Kongsi info pasal cendawan jika anda pernah jumpa. Jom skodeng

Menghitung hari mengundi PRU13

Hari ini hari khamis, esok jumaat , lusa sabtu dan ahad mengundi yahoooooooooooo. Tak sabar rasanya saya mahu menunaikan kewajiban sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam pemilihan tampuk pemerintahan negara Malaysia. Sudah 3 kali saya mengundi termasuk yang kali ini. Siapa yang bakal mendapat mandat PRU13 kali ini menjadi tanda tanya sehinggalah SPR mengumumkan siapa yang menang dan siapa yang tumbang.Kita sebagai rakyat Malaysia janganlah membuat kacau atau melakukan perkara yang boleh menguggat keamanan yang kita kecapi selama  ini. Jangan taksub sangat biar sederhana sahaja. Jika dah pergi mengundi dan jari telah dicalit dengat dakwat kekal tak payahlah nak menyusahkan diri nak hilangkan dakwat tu untuk mengundi sekali lagi. Jika ada rezeki menang takkan kemana punyalah. Aku pelik pulak kalau dah mengundi pastu nak mengudi lagi kan ke nama dalam senarai tu dah dipotong atau digaris dengan pen. Mana datangnya pengundi hantu ni dia pakai kad pengenalan apa pu...

Taman Rekreasi Adda Height

Imej
Hujung minggu berjalan bersama keluarga di kawasan taman rekreasi Adda Height yang luas mata memandang. Ramai mengambil peluang untuk bersukan dan beriadah. Jika anda berkesempatan datanglah kesini untuk menenangkan fikiran dan mengeluarkan peluh. Jika anda seorang OKU yang berkerusi roda dinasihatkan jangan datang kerana setiap beberapa ratus meter ada batu penghalang jalan diletakkan bagi mengelakkan penunggang motorsikal atau basikal dari memasuki kawasan ini. Memang menyusahkan bagi mereka yang kurang upaya. Lagi satu tong sampah memang tidak disediakan so jangan sesuka nak buang sampah merata dan bawaklah beg plastik sendiri ya. Jom skodeng sikit. Terpaksa mengangkat dan duduk semula

Asus Fonepad terbaik

Imej
Asus mengeluarkan model fonepadnya  yang terkini lebih canggih dengan fungsi boleh callnya seperti samsung galaxy tab 7 cuma ianya lebih murah sikit. Aku cadang juga nak beli ni . ASUS Fonepad didatangkan dengan pemprosess Intel Atom Z2420 1.2Ghz CPU dan mempunyai built-in 3G phone. Fonepad ini mempunyai kamera depan belakang yang membolehkan mengambil gambar dimana sahaja. Lagi satu kelebihan Asus Fonepad ini adalah 5GB lifetime Asus webstorage space seperti yang ada pada model Mac yang diberi nama Asus Cloud. Harga yang diperolehi adalah RM890. Jom skodeng 

Orang muda dibebani hutang tang tang

Imej
Pendapat aku la pasal video orang muda dibebani hutang bukan sebab politik tapi atas kehendak diri masing-masing yang mahukan kehidupan yang selesa. Pasal bab kawin pulak tu hantaran janganlah terlalu membebankan pihak lelaki dan keluarga kena paham situasi sekarang ni yang lebih mementingkan ego dan darjat. Jikalah pemerintah yang baru nanti adakah ia mampu memberikan semua percuma kepada rakyatnya. Kita tengok dan lihat sahaja tapi jangan lepbih parah sudahlah.

Ikan talapia hitam

Imej
Ikan air tawar semulajadi di tali air, kolam tadahan, sungai, parit, longkang mahupun kolam buatan ikan talapia pasti akan ada disana. Ikan ini sangat cepat membiak dan menguasai kawasan yang berair macam ni. Ikan talapia juga sesuai untuk dijadikan ikan belaan dalam aquarium seperti yang aku buat sebab dah banyak jenis ikan dah aku bela yang ni jer lasak sikit selain ikan puyu. Walaupun ikan ni makan kuat tapi apasal lambat sangat nak membesar seperti talapia merah tu. Apa makannan yang sesuai untuk makanan ikan talapia hitam ni ya. Jom skodeng ikan belaan aku ni. Ikan ini aku dapat hasil memancing Berkilat Sudah pandai bermain-main dengan tuannya

Raja Lawak 7 sudah hilang sengatnya

Imej
Seperti yang telah dijangka Raja lawak yang telah memasuki musim ke 7 agak hambar dengan peserta yang nampaknya tiada original spicy yang boleh membawa penonton untuk menengok menonton raja lawak kali ini. Harap maaflah astro kali ini raja lawak paling hambar pernah aku tengok. Aku tengok masa final jer nanti lah .