Catatan

Perlawanan Pahang-Johor DT Sabtu ini 8.45 malam

Haha tukar lagi jadual perlawanan antara Johor DT dan Pahang dari main petang kepada sebelah malam untuk membolehkan permainan 100% diturunkan. keputusan ini amat dialu-alukan bagi membolehkan penyokong turun memberi sokongan. Perlawanan di Bukit Jalil ini seperti pentas final yang tak pernah lagi berlaku sebelum ini memang hebat. Harapan mengunung agar Johor DT dapat masuk final. Aku menjangkakan keputusan adalah 1-1 dan agreget 2-1.

Perlawanan Johor DT dan Pahang ditunda

Imej
Kecoh memang kecoh apabila penonton berlambak diStadium Darul Makmur dan membuat kacau didalam stadium hingga perlawanan ditunda ke tarikh yang lain. Bagaimana stadium yang hanya boleh menampung sekitar 35 ribu penyokong boleh menjual  tiket hingga melebihi kaota yang sepatutnya. Setelah menunggu hampir 2 jam akhirnya keputusan dikeluarkan untuk menunda perlawanan ke satu tarikh yang lain selewat-lewatnya minggu depan. Segelintir penyokong tidak dapat mengawal perasaan apabila membaling batu dan objek keras ke dalam stadium setelah diumumkan perlawanan selamat untuk dimainkan tetapi balingan batu dari luar stadium pula menjadi masalah mengenai penyokong Johor. Weyyyyyyyyy penat la aku tunggu nak tengok bola bukan nak tengok penonton yang tiada sivik. Jadilah penyokong yang sederhana bukan extrem. Satu lagi perlawanan antara Terengganu dan Kelantan penuh dramatik apabila tuan rumah dapat mengatasi pelawat dengan kemenangan 4-2 tetapi kalah agreget 5-6 setelah 2 orang pemain Tereng...

Tahniah buat Uztaz Azhar Idrus atas pernikahan kali ke-3

Imej
Salam, tahniah la uztaz atas pernikahan kali ke-3 ini semoga berbahagia hingga akhir hayat, hidup dalam kebahagiaan bersama isteri-isteri yang solehah. Alhamdulillah ini semua jodoh  yang telah ditentukan oleh Allah. Uztaz Azhar Idrus dan isteri Izyan

Piala FA Johor vs Pahang

Imej
Malam ini bakal berlangsung perlawanan kedua Piala FA antara Johor DT dan Pahang. Perlawanan pertama berkesudahan dengan kemenangan Johor dengan bekalan 1 jaringan sahaja. Pahang masih mempunyai peluang jika mengambil peluang bermain ditempat sendiri. Harapan keajaiban buat Johor DT agar dapat bertahan dan dapat menjaringkan gol. Perlawanan ini pasti sengit dan tektikal yang digunakan bakal menentukan kejayaan pasukan kendalian Fandi Ahmad atau Dollah Salleh.Sementara Kelantan sudah sebelah kaki kerana berkelebihan 3 jaringan bekalan ke Terengganu. Siapa bakal menempah tiket ke final kita tunggu malam ini dengan keputusan yang diluar jangkaan atau sebaliknya.

Batle between 2 football club Johor DT vs Kelantan in Malaysia Super Leauge

Imej
Siapa bakal memenangi perlawanan getir dua pasukan yang ingin mencari kejuaraan MSL 2013 kali ini. Tiga mata yang dicari bagi mencengkam pendahulu liga Lion XII yang tidak tercabar berbaki 6 perlawanan pasti menjadi pencabar semangat kedua-dua pasukan. Johor DT pasti tidak mahu kehilangan mata bermain ditempat sendiri. Pastinya para penyokong berdebar menantikan wisel perlawanan pada malam ini. Johor DT dan Kelantan pasti bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mencari kemenangan. Striker mana yang lebih power malam ini kita saksikan di Astro Arena 801 yang tak dapat pergi stadium yang pastinya penuh sesak.

Akhirnya MANDAT 2013 milik BN

Imej
Setelah hampir berbulan-bulan teka teki siapa yang mendapat mandat untuk memerintah Malaysia akhirnya terjawab pada pukul 12.50am pagi tadi apabila BN mendapat majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan dan setelah selesai semua pengiraan undi di seluruh Malaysia BN mendapat P 133 , PKR P30, PAS P21 DAN DAP P38. Yang paling menarik diJohor kawasan bandar DAP sapu bersih semua tempat seperti Gelang Patah, Skudai, Kulai, Senai, Jementah, Bekok, Tangkak, Bentayan, Bakri, Penggaram , Kluang, Mengkibol, Johor Jaya, Stulang, Pengkalan Rinting, Yong peng  dan Pekan Nenas. Ini menunjukkan kawasan bandar dan pekan dikuasai oleh DAP dengan majoriti menang mudah .Kenapa menjadi begini dimana kesilapannya apabila kaum Cina majoritinya mengundi kaumnya sendiri dengan tidak memandang hakikat sebenar perjuangan parti. Banyak pemimpin popular tumbang diJohor seperti Datuk Abdul Ghani Othman (Gelang Patah) dan Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat).

Cendawan kembang diwaktu malam

Imej
Cendawan kembang hanya diwaktu malam dan layu bila siang hari. Nak tengok tak cendawan yang hanya hidup pada malam hari sahaja dan layu menguncup disiang hari. Cendawan ini putih dan cantik bentuknya, tapi tak tahu pulak boleh makan ke tidak. Kongsi info pasal cendawan jika anda pernah jumpa. Jom skodeng