Catatan

Salam Maal Hijrah 1435H

Selamat menyambut Maal Hijrah 1 Muharram 1435H kepada semua umat Islam diseluruh dunia semoga tahun baru memyedarkan kita akan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim yang mengikut segala suruhan-Nya dan mengikut sunnah Rasulullah. Jangan lupa membaca doa akhir tahun sebelum masuknya waktu maghrib dan selepas maghrib kita baca pula doa awal tahun ya.

Tahniah Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013

Imej
  Tahniah buat semua pemain Pahang kerana anda layak untuk menang atas komitmen yang tinggi untuk mengenggam Piala keramat ititu Piala Malaysia setelah 21 tahun menanti. Kemenangan 1-0 ke atas Kelantan amat mengujakan sekali. Tahniah sekali lagi.

Bihun kandang Bab!!!!!! Sedapnya

Imej
Negara kita telah digegarkan oleh satu blog yang panas lagi hangat mengenai sebuah syarikat memproses bihun perisa babi yang telah memperdaya para pengguna dan pembeli. Malahan berita di saluran TV3 juga telah mengupas isu pedas ini. Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No. 365216-T) telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya. Malangnya, kilang yang berfikir hanya untuk mengaut keuntungan ini terus-terusan menghasilkan produk TIDAK HALAL, KOTOR, dan JIJIK ini tanpa mempeduli dan menghormati undang-undang dan masyarakat Islam khususnya. Pihak berkuasa telah berulang kali menjalankan penyiasatan terhadap operasi yang dijalankan kilang tersebut malahan pernah disiarkan oleh media massa Metro. Aneh sekali pihak berkuasa masih tidak dapat mengawal kegiatan sinis ini.  Kita sebagai umat Islam kena berhati-hati dalam pemakanan kita sekarang yang belum tentu hal...

Harga tepung naik dan gula naik

Imej
Salam berita dari kampung mengatakan yang harga tepung telah naik ini bermakna semua makanan yang berasaskan tepung akan naik juga. Maka dengan ini jom kita boikot makan tepung tapi masalahnya itulah makanan rugi orang Malaysia dan semestinya roti yang berada dipasaran akan naik juga harganya. Aduh lagi sekali disentap bila tengah makan. Apapun kita masih senang nak dapatkan bekalan tepung dari negara lain yang susah nak dapat tepung bersyukurlah negara kita masih aman. Lepas ni memasing tanam pokok ubi da n buat tep ung sendiri la yer hehehe.

Samsung Galaxy Note 3 terbaik

Imej
Akhirnya samsung galaxy Note 3 keluar setelah rumors setahun yang lepas dengan bentuk yang lebih elegen dan fungsi yang dipertingkat. Harga pasaran RM2300 atau lebih kurang lebih la tengok kedai yang menjualnya. Apa lagi jom serbu kedai la carik satu. Kalau nak yang clone punya pun dah ada jual cuma S-Pen nya tak macam ori ta tapi spec lebih kurang dengan harga la ya. kata orang alah membeli menang memakai tak gitu. cantik tak kak note 3 Galaxy Note 3 Original                   Yang gambar dibawah ini adalah yang clone punya sekali imbas macam criginal Samsung Galaxy Note 3 Fake Galaxy Note 3 Fake  

Minyak RON95 naik lagi untuk cegah seludup

Orang nk seludup ada apa kisah kalau minyak naik ke turun ker tapi yang parahnya rakyat jelata yang berpendapatan rendah n confirm barang naik harga punyalah. Terima je la nak buat camner inikan negara kita jangan bandingkan negara orang pulak. Sekarang ini pun bukan main harga mencanak-canak naiknya air teh o je dah naik 20 sen jadi 1.20 sedangkan modalnya 10 sen jer yang pernah aku tanya orang yang menjual air ni. Adakah dengan menaikkan harga boleh cegah seludup kita tunggu jer redha jer la.

Apple iPhone 5S dan 5C lebih murah?

Imej
Murah apakebedenya Iphone nih cakap jer murah tapi harga dia cecah Rm2K juga hahaha lawak betul la. 5S dan 5C cuma omong kosong jer la...macam aku confirm x mampu nak beli la....cuma sekadar dipinggiran sahaja. Dengan skrin hanya 4" berbaloi ker dengan harga yang ditawarkan. Pada saya ia amat tidak berbaloi sekali sebab saya tidak berduit hehehehe. Jangan marah ya Apple. Kalau nak yang clone pun dah keluar juga sejibik bentuk dan warnanya harganya sekitar RM350-RM550 jer tapi pakai android yang berwajah IOS7. Yang ni clone punya sebijik tak ngan ori cuma RM440 Ori Iphone 5C RM19XX Ori Iphone 5S RM23XX