Catatan

Sudah 2 minggu kita bersyawal

Imej
Pejam celik dah 2 minggu kita bersyawal tapi rasanya tahun ini agak muram sedikit kerana pelbagai berita yang kurang menyenangkan kita sejak awal tahun ini sampai sekarang. Dengan misteri kehilangan MH370 yang sampai sekarang hilang tidak ditemui kemudian dengan tembakan MH17 yang terhempas di Ukrine lepas tu GAZA Palestin yang diganyang oleh Zionis tanpa rasa perikemanusiaan tanpa ada pembelaan oleh dunia luar yang hanya melihat sahaja. Pejuang Al-Qassam yang berjia kental terus mempertahankan bumi mereka dari dikuasai oleh Zionis. Ayuh kita terus berdoa keselamatan negara kita Malaysia dan seluruh dunia kecuali Zionis dan sekutunya. Marilah terus menderma kepada Palestin moga dengan derma kita itu dapat membantu penderitaan rakyat Palestin yang terus ditindas itu. Amin  

German juara Piala Dunia 2014

Imej
German mengesahkan sebagai juara piala dunia 2014 setelah mengalahkan Argentina 1-0 hasil jaringan Gotze pada masa tambahan. Maka tamat sudah piala dunia bolehlah tumpukan perhatian kepada bulan Ramadan yang tinggal 15 hari jer lagi. Inilah masanya tumpuan sepenuhnya untuk beribadat dan mengisi hari2 akhir ramadan dengan sebaiknya. Tiada lagi alasan piala dunia. Ayuh kita berubah menjadi lebih baik. Banyakkan berzikir , membaca Al-Quran, solat sunat dan sebagainya. 10 malam terakhir carilah malam Lailatul Qadar pahalanya umpama 1000 bulan beribadat. LUPAKAN PIALA DUNIA  CARILAH INI LAGI UNTUNG  

Argentina sah ke final piala dunia 2014

Imej
Argentina sah ke final piala dunia 2014 setelah berhempas pulas sehingga ke penentuan sepakan penalti dengan kemenangan 4-2. Penjaga gol Romero bergaya mengagalkan 2 sepakan penalti Belanda membolehkan pasukannya mara ke final dan akan menentang German.

GAZA PRAY FOR GAZA

Imej
Apa dah jadi dengan Israel Laknat yang tak habis-habis ingin menghancurkan bumi Palestin. Tapi ingat Allah akan sentiasa bersama umat Islam di Palestin dan Gaza yang akan memberikan kemenangan kepada mereka walau dengan batu dan lastik. Selamatkanlah sudaraku di Gaza dan semua umat Islam seluruhnya.

Brazil di ayamkan oleh German

Tak terkata aku bila tengok Brazil diayam-ayamkan oleh German dengan jaringan yang sangat besar dan menjadi rekod piala dunia ketika ini dengan tuan rumah dimalukan dengan jaringan 1-7. Memang tak dijangka sama sekali. Apa pun tak mustahil dalam bola sepak. Go German tetiba jer.

Puasa tetapi berbaju sendat berseluar ketat

Imej
Aduiiii camner ni puasa tetapi etika dibulan puasa tidak dijaga. Kalau anda pergi ke bazar ramadan dimana-mana akan kelihatan segelintir wanita yang tak paham dan tak menghormati bulan ramadan dengan berpakaian yang amat menjolok mata sehinggakan menampakkan susuk tubuh . Baju lengan pendek yang sendat, berseluar pula ketat/legging tetapi yang peliknya ada yang bertudung. Sedarlah wahai wanita kami lelaki berpuasa tolong lah hormati dan tutuplah auratmu agar terpelihara kehormatanmu bukan menjaja badan. Pahala puasa kami ini merosot dengan melihat pakaianmu seperti ini. Kasihanilah kami ini wahai wanita-wanita diluar sana  janganlah membuatkan kami hilang pahala puasa gara-gara kamu ini. Ayuh ubah sekarang kepada yang lebih baik. Bazar Ramadan macam-macam makanan ada

German hampir lemas di pusingan kedua Piala Dunia 2014

German hampir lemas dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh Nigeria yang penuh disiplin sehinggalah ke masa tambahan barulah German dapat menembusi benteng pertahanan kental Nigeria. German menang dengan 2-1. Manakala Perancis mengalahkan Algeria 2-0. Ini bermakna German akan bertemu dengan Perancis di suku akhir.