Catatan

FIRMAN juara baru AF2014

Imej
Siapa sangka anak muda yang tiada apa2 pada mulanya dan tak mampu nak beli pakaian baru kini bergelar juara Akademi Fantasia 2014. Tahniah Firman yang mempunyai suara serak ori yang jarang ada di Malaysia. Bakat anda memang terserlah malam tadi tahniah. Rm50 Ribu tu... Firman juara AF2014

Minyak NAIK RON95 & Diesel naik RM0.20 berkuatkuasa 2.10.2014

Imej
Bapaklah Najib apa yang kau buat ni labu yang kau tetiba naikkan harga minyak ni kenapa ha...dah tak sabo sangat ke ...agak2 la orang nak beraya haji ni tapi kau naikkan waktu ni kenapa confirm la semua barang naik lepas ni...nak beli barang confirm semua naik harga raya nie. Jahanam betul la...x fikir ke sekarang ni org sedang kesesakan harga yang dah naik ditambah pulak dengan beban hutang...buat pinjaman x leh lebih 10 tahun...apa semua ni..macam-macam la ko ni siapa punya penasihat la dibelakang ko ni ha...dah sama dah harga ron95 rm2.30 diesel rm2.20 . BR1M tu tak perlu sebenarnya...buat cara lain yang lebih baik dari beri sekali setahun 650  dapat apa...baik beri yang berkekalan. Cuba la fikir sikit orang Melayu makin tersepit dinegara sendiri. Kaum lain masih boleh tersenyum dengan kedudukan ekonomi mereka. Ayuh kita berubah menaikkan taraf ekonomi kita kaum Melayu.Masuk MLM skim cepat kaya..labur saham ke..apa2 yang buat duit jangan yang haram sudah la. Macam ni leh ma...

Bolasepak Sukan Asia Incheon 2014 berakhir sudah

Bolasepak sukan Asia Incheon berakhir dengan kekalahan 0-3 kepada Arab Saudi. Kekalahan yang sudah dijangka apabila Zubir Azmi dilayangkan kad merah pada minit 33 menyebabkan tektikal permainan berubah dan memaksa pemain pertahanan bekerja keras sehingga mudah dibolosi dengan 3 gol. Nampaknya badi kad merah masih menyelubungi skuad OKS kali ini disukan Asia menjadi tradisi setelah pada 2012 kita juga menerima situasi yang sama kalah kepada tuan rumah China.

Komen Malaysia lawan Kemboja 20/9/2014

Imej
Malaysia menentang Kemboja dalam perlawanan persahabatan  malam tadi berakhir dengan kemenangan mudah 4-1. Banyak yang perlu dilakukan oleh Malaysia jika mahu menang AFF 2014. Kelemahan pertahanan perlu dibaiki segera dengan serangan yang tumpul. Semua gol Malaysia dihasilkan oleh bukan penyerang dan pemain paling menyerlah tadi malam ada Joseps Kalang Tie yang menjaringan 2 gol cantik yang bermain baik. Senarai pemain yang tak perlu dibawa ke AFF2014 bermula pertahanan Asrarudin, Bunyamin, pemain tengah Piya penyerang Safee Sali dan beberapa pemain yang rasanya tiada semangat untuk bermain untuk negara. Buat Dollah Saleh carilah pemain yang boleh bermain dengan kedua-dua kakinya bukan sebelah sahaja yang boleh menendang. Kalau diikutkan pemain pertahanan kita ramai yang seperti ini hanya hidup sebelah kaki sahaja untuk menendang. Ini bahaya sebagai pemain pertahanan perlu kedua-dua kakinya hidup bagi menyelamatkan bola. Petang ini skuad Malaysia U23 bakal menentukan tempat ke pus...

Siaran langsung Sukan Asia Bolasepak Malaysia U23 vs Laos U23

Petang ini ada siaran langsung lagi di TV9 dan Astro Arena 801 perlawanan antara Malaysia U23 dengan Laos U23 pada jam 4.00 petang. Harapan mengunung rakyat Malaysia supaya dapat menang hari ini walau dengan apa cara sekalipun bagi mengembalikan semangat rakyat Malaysia yang dah runtuh pada 14/9/2014 yang mana semua perlawanan U16, U23 dan senior kalah. Ayuh doakan kemenangan buat skuda OKS kali ini. KLIK sini untuk lihat siaran langsung di TV9

Akademi Fantasia 2014 paling hambar dalam sejarah

Imej
Maaf aku tak tengok dah konsert AF2014 atau diari AF yang aku rasa dah tiada seri atau X factornya dah hilang. Peserta kali ini entah apa2 ntah...maaf la ASTRO kali memang tak menjadi langsung. Sistem suara hancur tenggelam..suara tenggelam timbul... Maaf la ya...tp orang Johor paling ramai hehehe terbaiklah.. Para pelajar AF2014

Harimau Baby, Harimau Muda dan Harimau Malaya Sayu

Imej
14. 09.2014 adalah hari kemuraman buat skuad bolasepak kebangsaan kerana semua 3 wakil  kita kalah kepada lawan masing-masing. Dengan permulaan baik buat skuad bawah 16 di suku akhir  akhirnya kandas kepada Australia dengan 2-1. Semangat juang yang ditunjukkan anak buah Balachandran amat harus dipuji walaupun kealpaan benteng disaat kemenengan sudah didepan mata memakan diri. Kesilapan benteng yang tidak dapat mengekang lawan dari membuat larian masuk ke kotak D menjadikan lawan mudah mengukum dengan gol-gol mudah. Pasukan sukan Asia B23 pula layu disebabkan diasak dari awal wisel dibunyikan dengan serangan bertali arus memaksa mereka mengerah keringat namun kelajuan dan kepantasan Korea menghukum kealpaan benteng pertahanan yang banyak membuat kesilapan dengan bola mudah dicuri dan keklisen penjaga gol Izham Tarmizi yang lebih kepada bermain cantik membuatkan gol demi gol dihasilkan. Malaysia U23 0- Korea Selatan U23 3. Skuad senior pula amat mengharukan dengan hasil gol...