Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 13, 2011

Durian oh durian

Imej
Durian RM22 satu biji puh mahalnya. Itulah sebab bila bukan dimusim durian harga melambung-lambung. Sebenarnya anak nak sangat makan durian so belikan la sebijik. pilih2 nak beli dua tapi bila tanya berapa satu dia kata 22 sahaja hehehe...Nasib baik isinya tebal dan rasanya manis. Ditulis oleh Royzam

Cara Pavillion Sambut Raya Cina

Imej
 Masa jalan-jalan dibukit bintang singgah sebentar di pavilion mencuci mata  masuk dalam wow merahnya bergantung-gantung macam tanglung...memang tanglung la masuk lagi jumpa gendang cina dan kepala singa la masuk lagi jumpa bunga teratai besar jalan lagi sekitarnya Ditulis oleh Royzam

Jalan-jalan di Putrajaya

Imej
Sebelum balik ke Johor sempat cilok ke Putrajaya sekejab melihat pemandangan sekitar pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Berjalan-jalan sekitar Taman Botani ,Masjid Putra dan jambatan yang menjadi mercu tanda Putrajaya. Disebabkan dah penat sangat berjalan selama 4 hari kami hanya mengambil masa tak lama disini dan bertolak balik ke Johor meredah 4 jam lagi sebelum sampai ke rumah. Nasib baik line clear jalan tak sesak cuma mata je yang ngantuk hehehe. So banyak kali berhenti di RNR Plus. Antara gambar yang sempat diambil di sekitar Putrajaya. Gambar diambil di Taman Botani Masjid Putra Pusat Pentadbiran Ditulis oleh Royzam

Kenapa makin ramai negara teluk dan sekitarnya memberontak?

Salam semua, moga anda semua sihat dan dilimpahi kebahagiaan dan kesejahteraan. Moga keamanan terus kita kecapi sampai bila-bila. Sebagai rakyat biasa yang mengikuti perkembangan semasa, aku menjadi risau dan gundah mengenangkan nasib anak2 aku pada masa akan datang dengan keadaan dunia sekarang ini yang menuju pemberontakan dan kehancuran. Selepas satu-satu negara tumbang dek pemberontakan rakyat yang tak puas hati dengan pemimpin kini negara Iran pula dan selepas ini negara mana pula? renung-renungkan...... Ditulis oleh Royzam

TEMA MAULIDUR RASUL 2011 1 MALAYSIA 1 UMMAH

Imej
Salam semua kepada pembaca blogku ini selamat menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1432H. Sam butan besar-besaran seluruh negara dan tidak ketinggalan juga aku juga menyambutnya di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Darul Takzim. Seawal jam 7 pagi lagi ramai telah memenuhi ruang masjid dan sekitarnya bagi menyambut hari yang sungguh bersejarah ini sempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Tema untuk tahun ini adalah " 1 MALAYSIA 1 UMMAH". Dalam mendengar ceramah sempat juga aku menambak hahaha..gelagat anak-anak aku dan orang ramai yang hadir. Ditulis oleh Royzam