Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 9, 2014

JDT tewas minit akhir kepada Pahang

Imej
Disebabkan kealpaan disaat akhir permainan dihukum dengan tandukan gol kemenangan oleh Hafiz membolehkan Pahang memunggut 3 mata penuh menewaskan JDT dengan keputusan penuh Pahang 3 - JDT 2 . JDT nampak gugup pada awal permainan dengan pertahanan nampak goyah dan rapuh mudah ditembusi dan kawalan pemain amat longgar sekali. Juruklatih JDT mesti membuat sesuatu dan menggunakan pendekatan berani merombak kedudukan pemain dan memasukkan pemain yang belum pernah bermain jika mahu JDT menang dalam perlawanan akan datang. Selasa ini JDT akan menentang Kedah dalam Piala FA di Darul Aman untuk pusingan suku akhir pertama. Kecuaian pertahanan dan penjaga gol mesti diatasi segera bagi memastikan genggaman liga berada di tangan. Dengan 4 perlawanan JDT hanya memperoleh 4 mata sahaja dengan 1 kemenangan 1 seri dan 2 kekalahan kepada  T-Team dan Pahang. Pasal gaduh penyokong JDT ni macam dah jadi barah pulak aku tengok sejak akhir-akhir ini, ada sahaja yang membuat provokasi untuk menjatuhkan dan