Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Imej
Selamat menyambut tahun baru 2012 dari aku walau aku tak suka sambut-sambutan macam nie hehehe.Apa azam tahun baru anda kali ini?  aku tulis nie percaya tak?

Juara Maharaja Lawak Mega 2011 adalah milik OSBON

Imej
Juara Maharaja Lawak Mega OSBON Malam persembahan final Maharaja Lawak Mega telah berakhir malam tadi dengan kemenangan kepada OSBON otai yang memang mengelikan hati setiap kali muncul dengan persembahan mereka. Tempat ke-2 milik BOBOI yang juga membuat lawak yang sememangnya membuat aku tertawa hahahahahahaha...dan ke-3 adalah milik Indonesia SEAHU dan ke-4 milik SYOK walau aku tak SYOK langsung tengok pesembahan mereka. Kemenangan juara kali ini membawa hadiah 350k untuk juara dan 250k untuk 2 , 150k untuk ke-3 dan ke-4 50 k. Wow beso hadih tu bila la aku nak dapat wang sebanyak tu nie....hehheeh aku tulis nie percaya tak?

KEMPEN BERHENTI MEROKOK

Imej
aku tulis nie percaya tak?

Jalan-jalan ke Puteri Harbour Nusajaya

Imej
Cuti yang ada dihabiskan dengan membawa family jalan-jalan ke Nusajaya pusat pentadbiran baru bagi kerajaan Johor. Kawasan ini begitu luas sekali seperti Putrajaya yang mempunyai senibina bangunan yang cantik-cantik. Kota Iskandar memberikan daya tarikan baru untuk dilawati. Disini terdapat pelabuhan untuk kapal-kapal persiaran berlabuh iaitu di Puteri Harbour betul-betul disebelah Kota Iskandar ini. aku tulis nie percaya tak?

Beriadah ke Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Imej
Jom jalan-jalan ke Hutan Bandar MBJBT yang baru dibuka kepada orang ramai. Jom tengok apa yang ada disana. aku tulis nie percaya tak?

Tahniah buat Lisa Surihani & Yusry KRU bakal berkahwin pada 23 Feb 2012

Imej
   Tahniah diucapkan buat mereka berdua aku tulis nie percaya tak?

Kejuaraan EPL makin rancak MU & MCity

Perghhh MU meledak lagi kali ke-2 berturut-turut dengan membenam Wigan dgn 5-0 setelah minggu lepas membelasah Fulham dengan jaringan 5-0 . Peningkatan permainan MU kali ini membolehkan MU terikat dengan seteru jiran mereka MCity dengan mata yang sama setelah MCity terikat jaringan dengan West Brom. aku tulis nie percaya tak?

Opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012

aku tulis nie percaya tak?

Final Result Manchester United vs. Fulham 5-0 21/12/2011

Imej
Best giler tengok gol MU nie jom layan aku tulis nie percaya tak?

Bekas Pelajar Tajaan Petronas Arif Alfian Rosli berkahwin sejenis?

Imej
Perghhhhhh apa dah jadi nie dengan bekas pelajar nie yang telah berkahwin sejenis diDublin. Hilang-hilang rupanya telah berkahwin seperti yang dibongkar dalam sebuah blog dan telah dikeluarkan dalam berita TV3 malam tadi.  Arif Alfian Rosli harap-harap kau kembali kepangkal jalan dan mendalami ilmu agama Islam yang sebenar dan memulakan hidup normal sebagai lelaki berkahwin dengan wanita bukan lelaki. aku tulis nie percaya tak?

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Imej
SYARAT PERMOHONAN SYARAT ASAS: WARGANEGARA MALAYSIA ISI RUMAH BERPENDAPATAN KASAR RM3,000 DAN KE BAWAH SEBULAN DOKUMEN WAJIB: BORANG PENDAFTARAN BR1M SALINAN MyKAD / KAD POLIS / KAD TENTERA SALINAN GAJI (jika berkenaan) 2. KELAYAKAN DAN DEFINISI KETUA ISI RUMAH Kelayakan: Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga Definisi ketua isi rumah: Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu yang: Berkahwin; Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; Bujang yang mempunyai tanggungan; dan Warga Emas sebatang kara 3. ILUSTRASI ISI RUMAH Ketua keluarga isi rumah layak menerima bantuan (yang tinggal serumah) Jumlah pendapatan Isi rumah ≤ RM3,000 Download Borang disini http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf Untuk keterangan lanjut http://www.treasury.gov.my aku tulis nie percaya tak?

SBPA Baru bagi FT

Imej
  Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA Saya telah menjelaskan dalam program Selamat Pagi 1Malaysia pagi tadi bahawa SBPA adalah langkah pertama dibawah Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) kearah kecemerlangan Perkhidmatan Awam. SBPA bukan pelarasan gaji yang diberi dalam bentuk peratusan secara one-off. SBPA adalah penyusunan semula gred gaji untuk mengatasi anamoli dan juga membuka peluang kepada semua PA mendapat kenaikan gaji yang sudah tentunya akan memberi faedah yang lebih baik semasa bersara kelak. 2. Walau pun terdapat perubahan kepada skim-skim tertentu tetapi adalah bagi tujuan untuk mempastikan skim yang ada masih relevan. Jika tidak sebab itulah skim berkenaan dijumudkan. 3. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan akan dibuat selepas pelaksanaan SBPA bilamana kajian keatas keperluan tred-tred dalam Perkhidmatan Awam selesai. 4. Buat masa ini SBPA masih lagi berasaskan kepada syarat lantikan minimum kedalam sesuatu skim perkhidmatan sepertimana yang

Yang di-Pertuan Agong ke-14

Imej
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah lafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Ini kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama adalah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 ketika berusia 43 tahun. Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lalu untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam, menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, kelmarin. Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong di kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos 1957. Istiadat semalam adalah yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lalu. aku tulis nie percaya tak? dicedok dari Berita Harian

Fujifilm X-S1 Super Duper Camera

Imej
Best jugak kamera ni la cuba tengok   Amacam best tak kamera compact ni dah macam kamera DSLR dah nie.Complete set dah tak payah nk tukar-tukar lens dah kerana kamera ni mempunyai zoom yang jauh hingga 624mm. Dengan keupayaan merakam video dalam Full HD memang best bro..... apa lagi tengok kat kedai la apa lagi aku tulis nie percaya tak?

Nikon New Speedlight SB910

Imej
 Boleh diperolehi pertengahan Disember 2011 dengan harga lebih kurang RM2K ++ aku tulis nie percaya tak?

A Rose For You Only

Imej
aku tulis nie percaya tak?

Ulat dah naik daun

Imej
Macam pernah aku dengar perkataan ini tapi dimana ya "Ulat dah naik daun" .Biasa kita dengar orang akan mengata kepada lelaki atau perempuan yang gatai tapi aku bukan nk cerita pasal itu tapi  betul-betul punya ulat dah naik daun. Habis pokok kat rumah mertua aku yang ditanam dimakan ulat. Lihat sahaja ulat-ulat ini makan punya la lahap sampai batang pun dimakannya.   Betul tak apa saya cakap tadikan tengok habis dikerjakan pokok dalam pasu ni ulat-ulat ni makan. aku tulis nie percaya tak?

Berakhirnya sebuah kehidupan

Imej
aku tulis nie percaya tak?

Bunga-bungaan rumput liar

Imej
 Bunga rumput liar yang cantik dan boleh dijadikan perhiasan dirumah anda jika anda kreatif untuk mengubahnya. aku tulis nie percaya tak?

Kilang kasut ke ni?

Imej
Cuba bayangkan kilang kasut seperti ini di Malaysia.   aku tulis nie percaya tak?

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam Awal Muharram

Imej
" MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan." Belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat menyambut 1 Muharram 1433H. Semoga tahun baru ini memberikan kepada kita menjadi khalifah dimuka bumi ini lebih baik dari tahun sebelumnya. aku tulis nie percaya tak?

Result Olimpik London Malaysia vs Bahrain 2-3

Aku macam tak percaya Malaysia kalah dalam masa 6 minit terakhir setelah mendahului 2-0. Seperti ada sesuatu yang tak kena dengan permainan Malaysia pada 10 minit terakhir perlawanan yang membolehkan Bahrain memenangi perlawanan tersebut. Apa pun tahniah buat permain yang menunjukan semangat juang yang tinggi. Kalah sekarang bukan bermakna kalah selamanya mungkin satu hari nanti kita jadi juara dunia mana tau. aku tulis nie percaya tak?

Jadual Perlawanan Skuad Olimpik B23 London 2012

Imej
aku tulis nie percaya tak?

Kemenangan Yuna di AIM ditarik balik

Imej
Yuna Hahaha..lawaknya bila aku dengar berita terkini pasal kemenangan Yuna di AIM ditarik balik untuk Lagu Terbaik. Tak per la Yuna lain tahun pulak la yer x der rezeki dapat rasa menang sekejap pun jadilah.   aku tulis nie percaya tak?

Result Football Olimpik Qualify Malaysia vs Syria

Imej
VS Kepenatan pemain pada babak ke 2 diterjemahkan dengan gol-gol mudah oleh pemain Syria. Nampak sangat keletihan pemain menggangu rentak pemainan Malaysia malam tadi. Serba tidak menjadi pada babak ke-2 . Apapun korang telah memberikan permainan yang menarik. Ketiadaan Badrol Bahtiar dan Fadli Shas nampak ketumpulan dan pertahanan kita goyah. Nampak gayanya ahad ini kita mesti menang menentang Bahrain di Stadium Bukit Jalil. Datang beramai-ramai kita beri sokongan kepada pemain kita. aku tulis nie percaya tak?

Malam ini Skuad B23 Malaysia menentang Syria kelayakan Olimpik

Imej
  Yes malam ini akan bertembung Malaysia vs Syria kelayakan Olimpik harap skuad kendalian Ong Kim Swee menang dan meraih 3 mata penting.Teruskan perjuangan dan buktikan Malaysia BOLEH! aku tulis nie percaya tak?