Catatan

Tunjukkan catatan dari September 23, 2012

Pro Evolution Soccer 2013 Multi6 CLONEDVD vs RELOADED vs SKIDROW

Imej
Pro Evolution Soccer tak perlu diperkenalkan lagi akan kesyokan bila bermain bola secara fantasy. Kini keluar versi bari PES 2013 yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola. Banyak versi dari Demo version hingga yang full pack. Ramai yang sedang menunggu bila crack untuk PES 2013 ini akan keluar. Tunggu jer la ya tapi kalau nk main jugak untuk praktice guna yang demo punya pun dah ok. Informasi untuk anda yang telah mendownload versi Pro Evolution Soccer 2013 Multi6 CLONEDVD masih belum ada crack lagi tetapi anda boleh download dahulu versi ini dan tunggu sahaja dia punya crack yang akan keluar tidak lama lagi. Bagi yang versi Skidrow anda boleh crack terus dan sudah boleh main tapi ia tidak lengkap lagi kerana liga inggeris EPL masih tidak lengkap jersi masih default manakala UEFA Championship masih tidak boleh main lagi.Liga lain seperti LaLIGA, BUNDESLIGA, semuanya complete cuma EPL jer yang tak complete lagi. Untuk versi Pro_Evolution_Soccer_2013_Multi6-CLONEDVD ini adalah

Teman Pengganti Black & Malique

Imej
Jom tengok MV rasmi lagu Teman Penganti yang kreatif

Pembentangan Bajet 2013

Imej
Pembentangan Bajet 2013 bakal berlangsung esok 28 September 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Pembentangan bajet kali ini bakal menentukan hala tuju pembangunan negara dan pastinya ia akan menarik perhatian kerana bakal adanya pilihan raya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Kita saksinya esok ya live di tv anda.Ikuti siaran langsung di tv dan juga radio pada jam 3.55 petang.

Samsung Galaxy Note II

Imej
  SEOUL - Syarikat gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam melancarkan model telefon pintar terbaharunya, Galaxy Note II hanya seminggu selepas telefon pintar iPhone 5 keluaran Apple Inc. dipasarkan. Galaxy Note II yang diperkenalkan buat pertama kali di Berlin bulan lalu akan dijual di 128 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi. Gajet itu lebih besar daripada model-model utama telefon pintar siri Galaxy S. Seperti model sebelum ini, Galaxy Note II turut didatangkan bersama pen S bagi menulis nota dan melukis pada skrinnya. Ia dijana perisian Android buatan Google dan dilengkapi pemprosesan quad core yang lebih laju berbanding versi pertama. Galaxy Note II menampilkan skrin sentuh berukuran 14 sentimeter (sm), lebih besar daripada versi sebelum ini yang bersaiz 13.5sm. "Kami percaya jualan Galaxy Note II di seluruh dunia untuk tiga bulan pertama akan meningkat tiga kali ganda berbanding model sebelum ini,&q

Gemuknya

Imej
Anda marah bila dikatakan badan anda gemuk? Adakah anda gemuk sekarang ini ? Jika ya adakah anda gemar minum air berkarbonat, satu kajian telah dibuat bahawa punca kegemukan adalah berpunca dari tabiat meminum air bergas atau berkabonat. Jadi jika anda mahu kurus dan ramping jangan minum minuman berkabonat dan banyakkan minum air kosong. Jangan lupa bersenam dan makan makanan yang sihat.Pesanan ini dibawakan oleh amikgambar.blogspot.com

Awek Lari Dari Rumah

Imej
Gambar sekadar hiasan Jerat Cinta Lari mengikut kekasih dikenal pasti salah satu faktor utama remaja, termasuk gadis sunti yang masih bersekolah rendah lari dari rumah. Mengikut statistik polis bagi tempoh 2010 hingga Jun lalu, bahana cinta itu adalah punca kedua tertinggi mereka yang berumur 17 tahun ke bawah lari dari rumah dengan kebanyakan daripada mereka Melayu. Daripada 1,309 kes lari mengikut kekasih sepanjang tempoh itu, 97.6 peratus atau 1,278 membabitkan gadis berusia sembilan hingga 17 tahun, berbanding 31 lelaki. Sebahagian besar adalah remaja berumur 13 hingga 17 tahun, kecuali 14 kes yang semuanya membabitkan gadis sunti berusia sembilan hingga 12 tahun. Gejala itu makin membimbangkan kerana 549 kes direkodkan tahun lalu berbanding 493 kes pada 2010. Setakat Jun tahun ini pula polis sudah menerima 267 laporan. Bagaimanapun, berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, punca utama remaja lari dari rumah ialah terpengaruh de

Karnival Nusajaya

Imej
Karnival Nusajaya yang berlangsung 2 hari bermula 22 hingga 23 september 2012 membawakan anda dimensi baru dalam Kota Iskandar ini. Keadaan hari pertama karnival sungguh meriah dengan kehadiran pengunjung yang tak putus-putus melawat tapak karnival ini buat pertama kalinya diadakan.Anda boleh datang menaiki bas yang disediakan secara percuma di Larkin Central, dan berberapa tempat lagi atau anda boleh drive sendiri terus ke sini. Karnival ini telah diadakan di tengah-tengah kawasan pentadbiran baru negeri Johor iaitu Kota Iskandar. Banyak aktiviti telah diadakan dengan booth-booth penyiar tv swasta Tv3, Ntv7, Tv9 dengan gerai-gerai yang menjual barangan dengan harga yang murah. Legoland, Hello Kitty, Thomas & Friends, Barney, & Pingu tidak ketingalan memeriahkan kawasan karnival kali ini. Persembahan artis Black membawakan lagu-lagu popularnya menghiasi suasana petang di dataran kota Iskandar ini. Jom skodeng gambar yang sempat aku shoot. Selamat datang kepada pengunj