Catatan

Tunjukkan catatan dari November 13, 2011

Dimana semangat kesukanan negara jiran kita

Aku semalam tengok bolasepak antara Malaysia dan Indonesia, yang aku tak puas hati apa kenapa diorang tak boleh hormat lagu Negaraku bila di kumandangkan dan menyebut Malaysia maling. Kenapa mereka terlalu benci dengan negara kita sedangkan rakyat mereka paling ramai di Malaysia menjadi pekerja. Langsung tiada semangat kejiranan. Kita boleh hormat lagu mereka kenapa mereka tak boleh hormat juga seperti kita. Fikir-fikirkan. Jangan kita jadi seperti mereka. Biarkan mereka dengan kesombongan mereka. Harap pasukan Malaysia layak masuk final Sukan SEA acara bolasepak. Buktikan kepada semua rakyat Malaysia yang Malaysia BOLEH.Malaysia BOLEH.Malaysia BOLEH. aku tulis nie percaya tak?

Result Malaysia vs Indonesia Sukan SEA 2011

Imej
Syahrul Azwari Ibrahim JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi. Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok. “Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee. Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan. Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak ter

Malaysia vs Indonesia siapa menang?

Imej
Malam ini bakal berlangsung perlawanan bolasepak Sukan SEA peringkat kumpulan A antara Malaysia menentang Indonesia yang sudah layak ke separuh akhir. Debaran pasti terasa kedua-dua pasukan yang pernah bertemu diFinal Piala AFF untuk skuad senior dan ini Skuad bawah 23 pula bertembung. Harapan mengunung rakyat Malaysia supaya kita boleh menang mengatasi Indonesia malam ini. Saksikan bersama di 3 stesen tv , TV2, TV3 dan Astro Arena 801 pada jam 8.00 malam ini.                                                                                    VS   aku tulis nie percaya tak?

Galaxy Note kini tiba di Malaysia

Imej
    Wow gerek betul telefon baru Samsung nie....kini dah tiba di Malaysia. Apa lagi dapatkan dipasaran. aku tulis nie percaya tak?

Malaysia menang lagi tapi.....

Semalam perlawanan bolasepak Sukan SEA Malaysia vs Kemboja berakhir dengan kemenangan 4-1. Tapi yang tak bestnya bila tengok corak permainan yang ditunjukan oleh anak buah Ong Kim Swee seperti tidak menujukkan permainan yang sebenar. Lemah dan tak bermaya corak serangan yang tumpul serta hantaran2 bola yang tak kemas. Nasib baik kita bertahan dengan baik tapi sentiasa dibolosi dengan mudah jentera serangan Kemboja. Saya percaya jika nasib menyebelahi Kemboja semalam kita pasti berputih mata. Harap selepas ini para pemain dapat meningkatkan stamina bila bertemu dengan Indonesia kerana mereka mempunyai pemain sayap yang laju. Jika kita tidak berhati-hati pasti kita akan dibolosi dengan banyak.   aku tulis nie percaya tak?