RUANG PENGIKLANAN



Khamis, 26 April 2012

Semut Gergasi

Sewaktu ku berjalan-jalan tiba-tiba aku terlihat satu benda bergerak pantas mendekatiku dan bila ku perhatikan betul-betul ia adalah semut gergasi berwarna hijau. Tak percaya ke bila aku cakap semut gergasi ini jom tengok buktinya.






Ha percaya tak bila aku cakap aku jumpa semut gergasi. Besar tu ..... warna hijau lagi.

Real Madrid & Barcelona tewas di Separuh Akhir UEFA Champions League


Puh macam tak percaya jer bila dapat tahu 2 pasukan gergasi Liga Sepanyol Barcelona dan Real Madrid tersingkir dalam separuh akhir UEFA Champions League. Pasukan yang melangkah ke final nanti adalah Chelsea dan Bayern . Kemenangan yang penuh dramatik ini menghangatkan lagi pentas final nanti. Chelsea menang dengan agreget  3-2 mengatasi Barcelona dan Bayern menang dengan agreget 3-3 (3-1 sepakan penalti) dengan Real Madrid. Best giler la.

Isnin, 23 April 2012

Kata-kata hikmah dipagi hari buat renungan bersama

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati. 
Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan. 
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami. 
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi. 
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima. 
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai. 
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi. 

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita. Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil. "Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan" InsyaAllah Dia akan permudahkan

LinkWithin