Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 2, 2013

Tiket Final Piala FA 2013 Johor DT vs Kelantan

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menegaskan harga tiket final Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 29 Jun ini, tetap kekal RM40. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata tidak ada sebarang perbincangan dilakukan berkaitan kenaikan harga tiket dan berharap peminat mendapatkan pengesahan rasmi supaya tidak mudah tertipu dengan spekulasi yang timbul. “Dari awal musim 2012, kami sudah menetapkan harga tiket perlawanan akhir Piala FA adalah RM40 bagi dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak. “Saya pun tidak tahu boleh timbul desas desus kenaikan harga tiket perlawanan terbabit kerana FAM tidak pernah membuat sebarang keputusan berkaitan kenaikan harga tiket. “Semua berita mengatakan tiket perlawanan Kelantan dan Johor DT bernilai RM45 adalah tidak benar. Saya harap peminat jangan mudah terpedaya dengan khabar angin,” katanya ketika dihubungi semalam.

Johor DT masuk final Piala FA 2013

Tahniah buat skuad Johor DT kerana dapat melangkah ke pentas final. Pialag FA 2013. Walaupun kalah di tempat lawan bekalan satu jaringan Johor melangkah ke Final Piala FA kali ini. Liga super perlu jadi sasaran kali ini dgn mengalahkan Lion Xll dtempat lawan bg memastikan kejuaraan kali ini milik Johor DT .