Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 11, 2011

SBPA Baru bagi FT

Imej
  Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA Saya telah menjelaskan dalam program Selamat Pagi 1Malaysia pagi tadi bahawa SBPA adalah langkah pertama dibawah Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) kearah kecemerlangan Perkhidmatan Awam. SBPA bukan pelarasan gaji yang diberi dalam bentuk peratusan secara one-off. SBPA adalah penyusunan semula gred gaji untuk mengatasi anamoli dan juga membuka peluang kepada semua PA mendapat kenaikan gaji yang sudah tentunya akan memberi faedah yang lebih baik semasa bersara kelak. 2. Walau pun terdapat perubahan kepada skim-skim tertentu tetapi adalah bagi tujuan untuk mempastikan skim yang ada masih relevan. Jika tidak sebab itulah skim berkenaan dijumudkan. 3. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan akan dibuat selepas pelaksanaan SBPA bilamana kajian keatas keperluan tred-tred dalam Perkhidmatan Awam selesai. 4. Buat masa ini SBPA masih lagi berasaskan kepada syarat lantikan minimum kedalam sesuatu skim perkhidmatan sepertimana yang

Yang di-Pertuan Agong ke-14

Imej
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah lafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Ini kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama adalah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 ketika berusia 43 tahun. Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lalu untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam, menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, kelmarin. Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong di kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara merdeka pada 31 Ogos 1957. Istiadat semalam adalah yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lalu. aku tulis nie percaya tak? dicedok dari Berita Harian