RUANG PENGIKLANAN



Sabtu, 19 Mac 2011

Kia Optima 2.4 GDI memang lawa giler

 Terbaik dari ladang la Kia telah mengeluarkan model upgrade Kia Optima memang cantik dan elegan sekali dengan bentuk sporty diluar kebiasaan. Kalau nak lebih lanjut boleh layari Kredit untuk http://paultan.org/2011/02/02/kia-optima-2-4-gdi-test-drive-report-from-australia/ . memang gerek la kereta ni.



Ditulis oleh Royzam

Raja Lawak 5 - Jozan (Yusof & Syamsul).avi



Lawak betul la diorang nie . Tunggu kemunculan Maharaja Lawak bermula 1 April ini.

Ditulis oleh Royzam

Final Raja Lawak 5

Malam tadi berlangsung Final raja Lawak 5 dan juara baru bagi edisi kali ini adalah Man, dtempat kedua milik R2 dan ketiga adalah kumpulan Balas. Juara memperolehi wang tunai RM100,000 memang lumayan sekali. Secara keseluruhan persembahan ok tpi sebab ingin sangat mengikut masa jadi macam terencat sikit persembahan perserta apapun memang best lawak Man rempit. Tapi kalau ada Eric leong lagi best hehehe.



Ditulis oleh Royzam

Rabu, 16 Mac 2011

Nak buat lawak lagi tak? Rajalawak ok tp lawak lain i'm sorry

Ketika orang lain ditimpa bencana dan bala, ada pulak orang yang tak berhati perut membuat lawak ... adakah kelakar ke bunyinya..memang kelakar tapi kenapa waktu orang susah nak buat kelakar . Jangan memainkan perasaan orang yang ditimpa bala atau musibah. Kita kena la bersimpati bukan buat lawak disiang hari, cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Satu dunia tau wooo pasal cerita panas dan hangat nie malu wooo negara kita siap keluar kat CNN lagi. Apa nak buat dah terlepas cakapkan, so minta maaf la dengan penuh ikhlas dan jangan buat lagi tau. Marilah kita hulurkan bantuan ringankan beban mereka.

Ditulis oleh Royzam

Isnin, 14 Mac 2011

UTM International Horse Show

Hujung minggu lepas banyak acara yang berlangsung antaranya Jom Heboh, IT Fair di Skudai Parade dan juga UTM International Johor Horse Show yang berlangsung serentak pada 12 dan 13 Mac 2011. Saya sempat bawak anak tengok kuda jer. Tengok kuda lompat-lompat memang best juga dan dapat pegang kuda dan bergambar dari dekat dan melihat teknik menunggang kuda. Disini antara gambar yang sempat diambil.



Ditulis oleh Royzam

Result All England Open

Tahniah buat Datok Lee Chong Wei yang berjaya merangkul kejuaraan All England buat kali kedua berturut-turut  dan lebih manis malam tadi dapat menewaskan musuh ketat dr China iaitu Lin Dan dengan straight set 21-17 set pertama dan 21-17 set kedua. Permainan malam tadi amat menarik sekali dan Lee Chong Wei bermain dengan penuh stamina untuk menidakkan pukulan balas Lin Dan. Tahniah sekali lagi tapi malang buat pasukan beregu kita yang tewas 3 set kepada pemain Denmark yang juga regu nombor 1 dunia. Apa pun memang best game tadi  malam. Malaysia Boleh.
 
Ditulis oleh Royzam

LinkWithin