Catatan

Tunjukkan catatan dari April 3, 2011

Petronas Malaysia Grand Prix Formula 1 Sepang 8 - 10 April 2011

Imej
Sudah bermula deruman enjin di litar Sepang menyaksikan peluma-pelumba handalan dunia merebut podium untuk perlumbaan ke-2 kalender 2011. Memang hangat sekali dengan 3 wakil yang membawa cabaran nama Malaysia dipentas F1 kali ini. Team Lotus, Lotus Renault dan Mercedes GP Petronas. Litar Sepang dari pemandangan atas     Belilah tiket anda sekarang Ditulis oleh Royzam

Maharaja Lawak minggu ke-2

Imej
Malam tadi berlangsung Program Maharaja Lawak miinggu ke-2. Secara keseluruhannya nampak perubahan yang ketara perserta-perserta membuat persembahan yang meyakinkan dan ada juga kumpulan yang hilang kelawakan mereka seperti kumpulan WAI yang serba tidak menjadi malam tadi. Paling ketara adalah Kumpulan JAMBU yang memang lawaknya lain dari biasa memang best. Nabil pulak buat lawak bersiri sambungan minggu lepas hahahaha, adakah sambungannya lagi minggu depan tunggu je la nabil.JOZAN pula buat lawak tiru gaya Datuk Yusuf Haslam dan Shamsul, yang menjadi malam tadi dan memikat hati juri. Aku tak tengok habis sebab anak-anak dah ngantuk sangat so tidurlah sekali hehhehehe... nanti aku tengok siaran ulangannya ajalah.. Ditulis oleh Royzam

Match Result Manchester United vs Chelsea

Terkini Yahoo MU kalahkan Chelsea dengan 1-0, okla tu..yabedabedooooooo Kita tunggu keputusan perlawanan MU lawan Chelsea dalam pertembungan Liga Juara-juara pagi nanti dalam perlawanan pertama. Mesti best nie tapi jadual perlawanan pagi la pulak malas nak tengok nak berjaga. Esok kerja so kena la tidur awal. So tengok berita je la esok hahaha. Ditulis oleh Royzam

Lagi kematian orang yang disiasat SPRM

Tadi tengok berita cerita baru seorang pegawai kastam yang disiasat telah dijumpai mati dibangunan SPRM. Aku tak mau komen apa-apa cuma pelik jer modus kematian jatuh dari tingkap jer kenapa, biar polis siasat kes terbaru ini.Kita tunggu jelah apa kata siasatan polis. Ditulis oleh Royzam

Lambang Misteri muncul dimana-mana

Imej
Aku dapat banyak entry yang mereka menemui dan melihat lambang-lambang misteri muncul dimana-mana mereka pergi dengan cara tidak sengaja. Lambang ini xkan dibuat oleh manusia. Ada yang dipadang, ada didalam laut, ada di dalam surat khabar Ada di surat khabar , ada di pokok, ada diatas awan klcc Muncul diKLCC   , banyak tempat orang dah menjumpai di negara kita ini. Ada yang menjumpainya di lampu isyarat.   Apa petanda lambang ini semua. Buat masa ini aku tak tau lagi ia muncul bukan sahaja di malaysia tetapi seluruh dunia. Jika ada saintis yang boleh menkaji bende ni harap dapat beri info segera. Terkini Aku dapat berita yang lambang ini adalah sebahagian promosi iklan produk baru CELCOM, betul ke tidak aku tak confirm lagi. Kalau tengok kat Tv akan keluar satu iklan yang tunjukkan lambang ini sahaja.Apa kejadahnya semua ini. Ditulis oleh Royzam

ABPBH Milik Shaheizy Sam

Imej
GENTING HIGHLANDS: Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi. Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightID=2342875&Page=&PluID=0&Pos=7701" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2342875&Page=&PluID=0&Pos=7701" border=0 width=400 height=200></a> Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bern

Penjawat Kastam yang kaya raya

Imej
MUSTAFAR... usaha dapat semula wang kerajaan PUTRAJAYA: Seramai 62 pegawai kastam pelbagai pangkat berusia antara 24 hingga 56 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak operasi besar- besaran bersepadu dikenali Ops 3b di lima pelabuhan seluruh negara, Isnin lalu. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, daripada jumlah itu 53 adalah lelaki manakala sembilan lagi wanita. Beliau berkata, sehingga semalam, 17 masih direman manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan. Pegawai kastam dari Pelabuhan Klang, Selangor paling ramai ditahan iaitu 48 orang. “Hasil siasatan mendapati, ada pegawai mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan kastam sejak lima bulan lalu, malah ada yang mengaku pihak tertentu memasukkan RM10,000 setiap bulan ke dalam akaun dan kita mengesan tujuh transaksi dijalankan. “Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pega

Ha harga minyak naik lagi ker?

Alamak naik lagi harga minyak ker ? Minyak apa yang naik nie, ni yang buat aku naik minyak nie....hahaha..minyak senyonyong ker....bukan la...minyak RON97 naik lagi ler RM2.70 seliter. Sib baik aku pakai RON95 tapi aku rasa akan naik juga rasanya disebabkan suasana dunia sekarang yang tunggang langgang. Dah akhir zaman sangat dah nie, seram sejuk aku nie, macam-macam bala dah Allah dah tunjuk nie sebagai petanda didepan mata kita sekarang nie. Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal. Ditulis oleh Royzam