Catatan

Tunjukkan catatan dari September 21, 2014

Bolasepak Sukan Asia Incheon 2014 berakhir sudah

Bolasepak sukan Asia Incheon berakhir dengan kekalahan 0-3 kepada Arab Saudi. Kekalahan yang sudah dijangka apabila Zubir Azmi dilayangkan kad merah pada minit 33 menyebabkan tektikal permainan berubah dan memaksa pemain pertahanan bekerja keras sehingga mudah dibolosi dengan 3 gol. Nampaknya badi kad merah masih menyelubungi skuad OKS kali ini disukan Asia menjadi tradisi setelah pada 2012 kita juga menerima situasi yang sama kalah kepada tuan rumah China.

Komen Malaysia lawan Kemboja 20/9/2014

Imej
Malaysia menentang Kemboja dalam perlawanan persahabatan  malam tadi berakhir dengan kemenangan mudah 4-1. Banyak yang perlu dilakukan oleh Malaysia jika mahu menang AFF 2014. Kelemahan pertahanan perlu dibaiki segera dengan serangan yang tumpul. Semua gol Malaysia dihasilkan oleh bukan penyerang dan pemain paling menyerlah tadi malam ada Joseps Kalang Tie yang menjaringan 2 gol cantik yang bermain baik. Senarai pemain yang tak perlu dibawa ke AFF2014 bermula pertahanan Asrarudin, Bunyamin, pemain tengah Piya penyerang Safee Sali dan beberapa pemain yang rasanya tiada semangat untuk bermain untuk negara. Buat Dollah Saleh carilah pemain yang boleh bermain dengan kedua-dua kakinya bukan sebelah sahaja yang boleh menendang. Kalau diikutkan pemain pertahanan kita ramai yang seperti ini hanya hidup sebelah kaki sahaja untuk menendang. Ini bahaya sebagai pemain pertahanan perlu kedua-dua kakinya hidup bagi menyelamatkan bola. Petang ini skuad Malaysia U23 bakal menentukan tempat ke pusinga